DRAMA MINGGU INI
watak-watak :
Tukiman : Seorang Pendaki Prolifik, sedang mahu mencipta nama.
Sameon : Suka menumpang glemer orang. suka menjadi sebahagian dari sesuatu yang hebat, dpt bwk songkok menteri pun kecoh sekampung.
Bustaman : Pelakon extra jer....
Tukiman seorang pendaki prolifik, dikenali kerana selalu mendaki puncak-puncak tinggi.
semasa mendaki sebuah gunung yang terkenal dengan ketinggiannya, dia dinasihati oleh sameon untuk terus mendaki hingga ke puncak.
kata sameon "tukiman, kau dengar la nasihat aku ni, baik kau teruskan pendakian kamu ni sampai ke puncak, rugi kalau kamu berhenti, tengok si bustaman tu...dia ikut nasihat aku, sekarang die dah berjaya"
tukiman yang memang sudah kenal dgn fe'el perangai si sameon ni, buat derk aje..(layankan aje)
sebenornye kita tahu die meluat tahap cipan dgn sameon ni. konon orang berjaya dalam dunia ni semua hasil nasihat beliau.
tidak patut -
-dah sah sah si tukiman tu akan teruskan pendakian, xde tanda-tanda die nak berhenti pun, buat ape si sameon tu nak nyebok pi nasihat bila org tu dah hampir berjaya.
------------------------------------------------------------------------------------------------
ni sekadar cerita perumpamaan sahaja, sebab kadang kadang kita jumpa orang yang berperangai begini, tujuan ambe cerita ni nak menggambarkan sakitnya hati orang kalau kita berperangai begini kat orang (perangai sameon), supaya kita idok le buat pe'el perangai rope itu.
baru sekarang rasa nak membentangkan senario ni sebab petang tadi sindrom dan senario sama ter"drama" betul2 depan ambe. ambe plak boleh bayangkan bertapa berbulunya hati (sakitnya hati) tukiman (bukan nama sebenar) berdasarkan respon beliau. beliau ni bukan jenis cepat marah atau suka serius, dan jenis menjaga hati dan perasaan orang. tapi tadi....nampak sangat meluatnye dengan si sameon (bukan nama sebenar).
apa agaknya kita nak buat dengan orang jenis begini ha?