Salam,
inilah buku pertama yang saya previewkan.penilaian saya terhadap buku ini dan buku bbuku seterusnya adalah secara peribadi kerana belum layak untuk menilai bagi pihak.
preview!
penulis : Dr. Zakir Abdul-Karim Naik
kategori : Agama
Judul : 20 Soalan Paling Lazim mengenai Islam
mukasurat : 70 mukasurat
RATE : Pilihan Tauke Warung !
ttg penulis,
secara peribadi saya amat mengkagumi beliau sbg seorang pendakwah bebas yang terkenal.Kemampuan beliau mengaitkan kebenaran Islam melalui logik dan sains amat mengkagumkan.Penjelasannya mudah tetapi amat logik dan mendebarkan.Beliau benar benar berjaya merungkai segala salahanggap ttg Islam dgn cemerlang! Sentiasa berdebat dgn pakar pakar agama dari pelbagai jenis agama dan 100 % berjaya mengalahkan lawannya dgn ketajaman ilmunya, ingatannya kepada fakta sains dan al-Quran, bagi saya beliau adalah seorang pendakwah yg terbilang! semasa membaca buku ini, saya mengalirkan air mata kerana beliau berjaya menyedarkan saya ttg kebenaran Islam dgn lebih baik dan menguatkan Iman!
Saya menyarankan agar buku ini dibaca dan lebih dari itu, untuk memahami maksud saya...lawatilah laman-laman web yang menyiarkan video ceramah beliau..ada pasti suka!
11 comments:
ok good.
kita pun kat rtm ada library.banyak buku ada sana.
tapi sayang tak ramai yg. rajin membaca. kita boleh pinjam dgn menggunakan kad pekerja saja. mudah sangat. saya pernah bawa org.luar datang ke library rtm, mereka terkejut kerana ada banyak rujukan bab penyiaran. walaupun saya akui masih boleh diperbanyakkan buku-buku baru di situ tetapi setakat yang ada di situ sudah mampu untuk menambah pengetahuan. saya sendiri banyak merujuk perpustakaan rtm untuk projek master saya. sekarang saya tengah layan buku ' kajian kebangkitan islam di perlis'....
adios
saya suka layan buku beraliran 'JEBAT'. baru lepas 'Penipuan & Internet: hegemoni media daulah pecah' Hishamuddin Rais. sebelum tu 'Mencari Jalan Pulang, Dari sosialisme kepada Islam'-Kassim Ahmad. dua buku ni beli sendiri.
Benarkah Kassim Ahmad anti hadis?. Elok kita baca dulu buku dia dulu sebelum hukum dia itu dan ini.
segar otak saya bila baca buku beraliran 'JEBAT'.
sebaliknya saya rasa muak bila baca penulisan beraliran 'TUAH' yang terlalu lemah gemalai, menghina diri, baik sesangat pada tuan, 'saya yang menurut perintah' dan macam-macam lagi. skema.
adios
saya komen agak banyak kali ni sebab saya suka 'generasi membaca' macam tuan.
keep it up bro.
biasa dengar aliran "jebat" ni dan ambe agak ianya bermaksud kenyataan dan penulisan yg lebih telus dan menegakkan benda betul dan berpegang teguh kepada prinsip yg betul! walaupun berisiko...
memang best kalau baca buku macam ni...ambe pun suka, begitu juga dengan nenek ambe...
ambe berpendapat buku2 beraliran tuah ini boleh ambe terima jika kesetiaan dan "saya yg menurut perintah" itu bernaung dibawah pemimpin yang lebih "jebat!" iaitu, berani, telus berpegang teguh kepada prinsip, bijak, berpandangan jauh dan berilmu tinggi, berakhlak dan beriman,tidak mementingkan diri dan "sangup mati"...,yg mana kita boleh bergantung harap kepadanya.tak kacak pun takper...
tetapi berat ambe katakan kita susah utk mendapat perkara sebegitu "sekarang", insyaAllah mungkin satu hari nanti....
terima kasih kerana minat utk komen banyak kali, ambe amat menghargai...ambe menganggap ia sbgi pendorong utk ambe menjadi seperti anda yang ambe tahu suka membaca dan menambah ilmu dan ...
ambe berharap tuan bleh berkongsi ttg buku yg telah tuan baca ke blog tuan agar boleh kita kongsi bersama rakan rakan lain juga...pasti banyak giler buku buku dan bahan bacaan yg telah tuan baca kan! buat macam ambe pun takpa (tidak timbul soal lain), pokoknya kita berkongsi.
saya nak buat arkib bermula dgn preview buku ini.yeop pun buat ler..ambe nak tengok gak!sharing is caring!
bukan taknak kongsi bro.
cuma dalam blog saya ingat nak bagi yang simple, rugged, enjoy, mudah, funny dll.
but i like your new post. i want something different from my friend's. that mean thier one step moving forwad.
now my brain is heavy with my assignment, univ project. that's while i dont bring something heavy in my blog.
---------------------------
saya ada banyak kisah tentang membaca/meminjam buku........nanti saya cerita...!
saya mempunyai tabiat suka meminjam buku.. terutama buku dari pesputakaan ( perpustakaan rtm, perpustakaan kuala lumpur, perpustakaan negara ). mungkin tuan pun sedar akan hal itu.
semasa di u lagi perangai begitu.
tetapi.....susah nak baca habis. bila baca separuh rasa macam dah tahu apa kesudahannya. sesekali, jika ada buku yang mencabar minda akan saya baca sampai habis.
saya mempunyai kepercayaan dan anggapan begini,...walaupun saya tak baca(kalau baca lagi bagus) saya mesti ada satu buku bersama saya kemana-mana saya pergi. sebab itu dalam kereta, dalam pejabat, di rumah akan ada buku. saya amat menghormati benda yang bernama buku. semasa di upsi dahulu ada satu kes pihak pentadbiran terpaksa membuang buku-buku lama kerana mereka membina perpustakaan baru. saya merasa sedih tak terkira. tetapi tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya. jika di bakar buku-buku itu saya beranggapan akan terbakar sekali roh-roh ilmu yang dikandung sekian lama oleh buku tersebut.
sebaliknya jika roh ilmu itu masuk ke dada manusia alangkah gemerlapan dunia di cahayai orang berilmu....
orang berilmu selalu dikaitkan dengan orang beriman. orang beriman akan menzahirkan ilmunya dengan amalan soleh. dapatkah kita merasakan bahawa betapa sukanya Allah swt melihat hambanya yang kerdil dalam keadaan berilmu, beriman dan beramal soleh. apa lagi yang kita kehendaki selain dari disukai Allah pencipta segala kejadian? ...yang menghidupkan kita, mematikan kita dan menghidupkan semula kita?
ada satu cerita.
suatu hari (2007) di perpustakaan kuala lumpur (dekat dataran merdeka). saya membawa 3 orang anak. saya cadang untuk tinggalkan mereka di perpustakaan kanak-kanak sementara saya pergi perpustakaan dewasa. tetapi tutup sebab baru lepas kena banjir. jadi saya bawa skali mereka ke perpustakaan dewasa, namun budak-budak tu tak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan. saya memberitahu pada guard tu supaya jaga anak saya sebab saya nak cari buku penting di tingkat 2. saya rasa tentu guard tu berasa berbulu yang amat sangat kerana kena jaga anak saya tu, maklumlah seorang superwomen, seorang lagi transformer, dan seorang lagi kungfu panda.
selepas sejam pak guard tu hantar anak saya ke tingkat dua berjumpa dengan saya dengan syarat anak-anak tu tak buat bising. tapi tak jadi jugak, mereka tetap buat bising kerana itu memang tugas hakiki mereka. akhirnya kami pun keluar dari perpustakaan itu sambil tersenyum sengih pada pak guard yang cuba buat-buat muka garang tu...
aduhai seronoknya hidup ini...
satu lagi kisah.
selepas saya membaca buku 'memoir rashid maideen' satu masa dahulu, membawa pemikiran saya lebih terbuka. baru saya tahu keadaan 'sebenar'. sengaja saya inverted comma perkataan sebenar di atas kerana hal sebenar hanya diketahui oleh Allah swt. rashid maideen, yang ditanam ke dalam kepala hotak saya semenjak dari bangku sekolah rendah adalah komunis yang jahat.harus dibenci dan dicaci.'sebenar'nya dia sebagai jebat yang berjuang melawan penjajah inggeris. cuma wadah perjuangannya sahaja yang diragui (PKM). selepas pengistiharan genjatan senjata dan perdamaian tahun 1989, beliau di tempatkan oleh kerajaan thai di sebuah daerah di Naratiwat. beliau membuka kelas mengaji dan mendidik anak -anak muslim.khabarnya beliau tidak gemar ditemui oleh orang-orang wartawan sehinggalah beliau meninggal dunia. saya teringat satu hadis nabi mafhumnya ' barangsiapa dapat mengucapkan kalimah La'ila ha 'illallah di akhir kalamnya maka wajib syurga baginya."
saya menulis banyak kali ini.
mendorong diri saya dan tuan juga. setapak ke depan walaupun seinci.
alhamdulillah,berjumpa jgk dgn teman2 pembaca ni...xsangka gak...saya setuju dgn komen raduan tu...saya pun dah lama x baca@beli buku heavy2 dan lama x pegi library ni, tapi setiap bulan mmg saya akan spend gaji bajet utk membeli bahan bacaan of course magazine...mcm2 magazine..sejak saya di SPM hingga ke UiTM majalah adalah peneman saya smp x tahu nak letak mana stok2 lama..AL-ISLAM majalah wajib yg mesti beli cuma skg x beli lg coz Editornya telah bertukar...nmpk lebih ke arah ISLAM LIBERAL...skg dah ada MILENIA...ok...stail saya ni kalo dah lepak kat dlm kedai buku waima kedai mamak kat angkasapuri pun,saya mmg lmbt nak cari majalah...utk pengetahuan raduan,kisah rashid maideen tu ada di dlm MASTIKA yg bnyk phak kata majalah mengarut...MASTIKA ada isi yg didalangi oleh penulis2 otai yg berguru dgn salah sorangnya Allahyarham Tan Sri Samad Ismail...saya katakn begitu krn MASTIKA (boleh kot sy preview sikit)majalah mini yg kecil tp padat isi dan isu semasa...ada certain part yg biasa tp itulah stail MASTIKA utk menarik perhatian pembaca tegar dan yg x baca langsung..!mcm-mcm ada...memetik pada komen raduan tu,saya pun ada kisah ms saya di UiTM tnggl mnyewa ngan kwn2 thn 2000 tp xramai yg ada kegemaran sebegini...malahan saya ditempelak tatkala sdg memberi pendapat berkaitan ilmu krn x percaya pd saya..saya tunjukkan bahan bacaan saya namun mrk ego...benda ni pun terjadi kat tmpt keje saya jgk...
x kisah apa jenis bahan bacaan pun..yg penting kita suka MEMBACA...bkn setakat buku2 tebal tp secebis kertas dlm tong sampah,bungkus nasi lemak pun boleh dpt ilmu beb...teringat kisah saya ambil @koyak secebis iklan suratkhabr pd bungkus nasi lemak hehehhe...org tgk pelik...xpayah pegi jauh,brp kerat yg baca suratkhabr setiap kolum...?mksdnya setiap artikel?susah kan..?masakan boleh@mampu baca buku setebal 100 muka lebih apatah lg buku ilmiah...jawabnya,buku buat tutup muka la ms tido...betul kan saya kalo saya salah yer...
bab2 buku agama ni...x usah baca jer...berguru pun perlu...karang asyik ngan teori jer,belajar dlm buku je la...tahniah kpd ayohnik krn maju setapak lagi dlm berdakwah secara sebegini...MEMBACA ADALAH IBADAH...ALHAMDULILLAH...saya WAJIB pilih...
raduan..
6.44 am.
betul juga..kalo dah heavy sgt otk tu kena rest skit, wat blog yg lebih simple,funny dan mudah.
my new post (tauke!buku) misi asasnya adalah utk diri ambe sndri...utk menggalakkan diri
ambe membaca, utk pengetahuan anda ambe bukanlah jenis yg mempunyai tabiat membaca walau dimana saja seperti anda dan ianya bukanlah sesuatu yg baik dah dibanggakan jika kita tidak suka membaca,
ini satu usaha ambe kpd membentuk hobi membaca yg pada ambe amat berfaedah dan berpahala.insyaAllah
7.14 am
bagaimana mereka boleh membenarkan buku buku yg mengandungi pelbagai ilmu itu dibuang dgn
alasan membina tempat/library baru, dan lebih pelik dan sadis ianya berlaku di UPSI.tmpat
yg menyanjung tinggi ilmu.
bukankan kebih elok jika mereka menyumbangkan buku tersebut kepada orang lain seperti
membina perpustakaan lain di 'tempat yg kekurangan'.(mungkin cerita sebenar ttg nasib buku buku
itu adalah lebih baik dan lain, mungkin saya keterlaluan, saya mohon maaf kpd warga UPSI dan alumninya...)
7.32 am
saya ada seorang sedara yg berkerja sbg guard di perpustakaan kuala lumpur sekitar
tahun 2007 menceritakan kpd saya kisah dia melayan karenah 3 orang budak nakal yg
diamanahkan bapanya yg berjanggut dan keletah budak budak ini membuatkannya migrain dan
tarpaksa menghantar budak budak ini kepada bapanya di dalam library dgn syarat tidak membuat
bising!!!hehe...
8.00 am
kesimpulannya, jika kita ingin mengetahui keadaan sebenar sesuatu perkara dgn lebih yakin,
haruslah kita mengkaji perkara itu dan menilainya dgn akal waras yang di karuniai Alloh terlebih dahulu,
setiap kebenaran itu akan terserlah juga apabila tiba masanya dan kepada Allahlah kita berlindung..,
dan Allah jualah yg memberi balasan baik dan buruk atas kelakuan tangan dan hati kita
8.11
terima kasih, semoga tuhan memberkati.
Post a Comment