apa lebihnya aku dengan orang yg sakit dan diramal doktornya bila dia akan mati
(bertuah punya doktor), jwpnnya tiada kelebihan langsung....malah ianya adalah satu kebimbangan dan kekurangan.
ada ulama yg menyatakan bhw seseorang yg mendapat tahu alamat2 kematiannya apatah lagi tarikh tepat bila dia akan menghembuskan nafasnya yg terakhir itu sebagai nikmat Allah kepada org itu, kerana dia boleh membuat persediaan dan tidak lalai sebagainya, berbanding org yg sihat dan tidah tahu...
mungkin sekali orang yg sihat itu lebih cenderung utk lalai kerana kejahilannya ttg maut, maut itu tidak mengenal siapa..boleh datang bukan sahaja dgn penyakit, mungkin maut kerana kemalangan motokar, lemas, terjatuh, dan ada org yg mati ketika makan dengan lahap lalu tercekik, bahkan ada org yg mati tidak semena semasa tertidur.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"jika kamu dpt tahu pasti akan berlaku kiamat(mati) esok hari dan pada
tangan seseorang kamu itu ada anak benih, jika kamu mampu untuk
menanamnya sebelum berlaku kiamat(mati) itu, maka tanamlah."
maksudnya :
kalau kita dpt tahu sekalipun (kita x tahu masa depan)
yg kita akan mati esok,
adakah kita mula mahu meninggalkan dunia dan isinya sebelum nyawa kita
diambil dan menumpu hanya pada akhirat, bersolat tanpa henti...
apakah ibadat saat akhir itu mampu membantu kita?
tanam biji benih itu!!!
maknanya, just act naturally, kita sebagai orang islam dan beriman,
harus sentiasa *'eveready', bersedia untuk dicabut nyawanya..
tidak kira kita ini sihat atau sakit, kerana maut tidak mengenal
tahap kesihatan, tua atau muda, kuat lemah, miskin kaya seseorang.
jika ia telah datang, tiada siapa mampu menghalang atau menangguhnya
sekalipun...
tidak cepat atau lewat walau sedetik
buatlah kerja, tanamlah benih, pohonlah pada Allah utk rezeki kamu,
utk zuriat kamu, utk masa depan kamu, dan berusahalah dgn kalimah Bismillah
kamu tetap akan mendapat ganjaran, walaupun kamu tahu permohonan kamu itu
jika termakbul sekalipun, kamu tidak sempat menikmatinya. ianya ttp
diangkat Allah sbg ibadah kamu....
JUST ACT *NORMAL!
APABILA WAKTU ITU DATANG, PERGILAH DGN TENANG...
*eveready = sentiasa pastikan diri dalam keadaan 'bersih' dan bersedia utk dijemput malaikat maut
*normal = sentasa menjadi mukmin sejati, tidak murung, sentiasa ceria dgn org, menjaga agama dan berbuat baik, tinggalkan yg dilarangNya, dan bnyk2 sebut Allah dan beribadat.