Courier challenge
create a problem, solve it.
apa itu Courier,ianya adalah mukataip khas yang digunakan secara meluas dalam lakon layar(penulisan skrip filem/drama) through out the world.
saya mencari-cari satu aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada diri dan org lain. banyak aktiviti yang tercadang dek akal namum saya manusia punya satu minda sedar sahaja, mana mungkin mahu melakukan bnyk perkara, saya harus putuskan satu (lagi)
yap, bersahabat dengan Courier memang menyeronokkan, bidang itu memberi definisi baru dan menuntun saya ke dimensi baru kepada sensasi luahan rasa, saya pernah mencuba kanvas putih...ianya nyata berbeza. keseronokannya berbeza, tapi apalah hidup ini jika hanya kejar keseronokan bukan? bukankah dunia ini penjara (undang2) bagi orang beriman.
baru semalam (24 Sept), saya mula menyelami satu perasaan melalui penceritaan atau penulisan. asalnya mencipta satu masalah dan kemudian menyelesaikannya. tetapi ilham seperti baru terjaga dan bermain main galak di benak.
saya sudah berada dalam cerita itu, mencipta plot, mendapat idea, menggarap konflik, menyelesaikan permasalahan, merungkai sejarah, memberi dan menambah ilmu.
agak indah dan mencabar aktiviti ini, mungkin membuatkan aku sedikit berubah, banyak memerhati.
berkongsi harta yang paling berharga, harta yang paling berharga itu tidak akan habis jika kamu kongsi, malah akan bertambah.
carilah harta itu, ianya sudah kamu miliki, cuma kamu tidak sedar. samaada telalu bodoh kamu, atau terlalu pandai kamu...membuatmu sukar sedar akan kenapa kamu diutuskan ke dunia...