Dunia ini panggung sandiwara
Cerita yang mudah berubah
Kisah Mahabarata atau tragedi dari Yunani
Setiap kita dapat satu peranan
Yang harus kita mainkan
Ada peran wajar ada peran berpura pura
Mengapa kita bersandiwara
Peran yang kocak bikin kita terbahak bahak
Peran bercinta bikin orang mabuk kepayang
Dunia ini penuh peranan
Dunia ini bagaikan jambatan kehidupan
Mengapa kita bersandiwara
Sunday, October 14, 2012
Sunday, October 7, 2012
biarkan ia pergi....
Assalamualaikum
terlintas nak menotakan satu ingatan.
teringat dahulu pernah dibawa melawat sebuah penjara wanita (kajang) untuk satu tugasan rasmi. dibawa warder melintasi bilik-bilik, asrama, kelas masakan, bengkel, nursery, kantin dan sebagainya....amboih, dalam hati berkata kerajaan memang baik, tp hukuman tu kelihatan menyeronokkan pulak, ape tak nya... di dunia luar penuh dgn pancaroba, perlu usaha utk hidup. hingga mencetus dosa dan jenayah...bila ditangkap masuk penjara...aik! rupanya dalam penjara lagi best.
tapi bukan itu kisah yg nak dinotakan.
semasa dibawa melawat sel demi sel, sampai lah ke sel khas, agak terjaga, tiada jeriji besi, ianya agak luas dari sel lain dan bercermin kaca. penghuninya seorang perempuan yg masih amat muda. kata warder, dia ni bangun tido je termenung hingga dia tido semula, tidak bercakap.
saya tanya kenapa jadi begitu, kata warder tu..dia sedang mencari dimanakan permulaan masalah dalam hidupnya, tercari-cari dimanakah mula titik kesilapan langkahnya, adakah kesalahan itu disebabkan dirinya atau orang lain, adakah ketidak adilan telah berlaku? dan sebagainya...
sy pun pernah dirundung masalah, kecil dan besar. juga apabila badan dan otak penat dan seolah olah berputus asa dgn ujian Allah, minda mula mencari cari dimana mula silapnya. seolah-olah apabila dapat dijumpakan mana mula silapnya kita bisa merubah segalah yg telah terjadi. hmm...tidak sama sekali, mmg manusia itu pelupa walau dah diajar tok guru berkali kali tentang qada' dan qadar Tuhan, tentang takdir. apabila datang rasa asa, mula mencari cari dan menghukum diri.
masa yang lalu tidak boleh diundur semula
apa yang berlaku dan dosa silap lampau biarkan berlalu, usah diratapi dan diingat lagi.
biar menyesal dengan taubat dan tekad, jangan menyesal dengan menghukum diri. kehidupan harus diteruskan. perlu selalu ingat, Allah telah berfirman dalam surah al Ankabut ayat kedua 2 :

" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
wallahualam.
Subscribe to:
Posts (Atom)