Sunday, August 24, 2008

Bendera Terbalik?

kadang kadang kita bercakap pasal bendera seolah olah bendera tu ada hati dan perasaan,tetapi sebenarnya yang mempunyai hati dan perasaan adalah orang yang bernaung dibawah bendera itu...
saya pasti sbb ada hati dan perasaanlah bermacam macam komen dan dan reaksi marahpekik diluahkan oleh ramai orang,semuanya seolah olah reaksi yang sudah dijangka.
ada golongan tertentu yang juga mempunyai hati dan perasaan memberi cadangan yang tidak popular/pelik/berisiko dan menyentuh hati dan perasaan/sensitiviti orang lain sehingga boleh mengundang cercaan dan makihamun serta hukuman hukuman.
golongan ini seolah olah sudah tahu bahaya dan risiko akibat tindakannya tersebut tetapi masih meneruskannya, mungkin hanya untuk menarik perhatian orang bagi mendengar ceritanya.golongan ini seperti perumpamaan orang muda yang kecewa bercinta dan ingin membunuh diri, bezanya tindakan berisiko golongan ini lebih matang kerana disusuli dengan luahan dan sebab musabab untuk dinilai oleh mereka mereka yang matang dan mahu berfikir sebelum bertindak.mereka sudah tidak peduli lagi ttg bahaya kepada diri mereka akibat perbuatan itu.
golongan ini saya pasti niatnya bukanlah untuk membelakangi kedaulatan bangsa Malaysia kerana subjek serangannya adalah juga orang yang sayangkan Malaysia dan sepatutnya melakukan sesuatu yang padan dengan perasaan sayang kepada negara dan rakyat.
sebagai seorang pemimpin yang baik, seseorang itu hendaklah berfikir kenapa ada tindakan tindakan pelik dan melampau oleh anak buahnya.setelah habis puas berfikir dan menilai, terpulanglah kepada pemimpin itu bagaimana mahu bertindak:
1) menghukum orang ini,mendabik dada kemudian tidak berbuat apa-apa
2) menghukum orang ini kemudian berfikir kenapa orang ini berbuat demikian
3) berfikir kenapa ada cadangan sebegini dan menghukum
4) SENTIASA BERMUHASABAH DIRI dan mementingkan negara dan rakyat lebih dari diri sendiri
berfikirlah....
golongan ini mempunyai prinsip yang dipegang dan apabila terjadi perihal yang tidah dapat berjalan sama atau hampir dgn prinsip itu mereka rela terkorban daripada mengorbankan prinsip mereka.mereka ini bertanggungjawab keatas tindakan mereka dan mereka sedar ttg hal itu.mungkin kita boleh menghukum orang ini utk buang negara sekalipun, tetapi jika tujuan kita mengkuhum itu hanya untuk memberitahu orang ini bahawa"langit itu tinggi atau rendah"atau memberitahu orang ini supaya tidak "menjolok sarang tebuan" maka kitalah sebenarnya yang "marahkan nyamuk, kelambu dibakar".
p/s:
cadangan menterbalikkan bendera Malaysia adalah cadangan yang tidak harus diteruskan dan marilah kita sempena Ulangtahun Kemerdekaan ke 51 ini menjulang bendera ini dengan megah dan sambil itu berfikirlah utk hari ini dan esok, apakah yang termampu kita sbg rakyat negara bertuah ini mampu lakukan utk menjadikan Malaysia ini dari negara yang baik kpd yang lebih baik dan bagi pemimpin sentiasalah peka kepada mesej dan kemahuan yang diisyaratkan oleh rakyat.

No comments: