Pagi tu,
Setelah selesaikan ape yang 'wajib' bermulalah kehidupan seorang aku pada satu pagi yang bergelar ahad,
dalam kemamaian en. akal, encik otak mengarahkan semua jentera tubuh melakukan perkara perkara yang tidak berapa penting,
en. telinga mendengar playlist lagu-lagu di pc, en. mata menonton kartun di tv, sambil tersadai atas sofa en. tangan yang dari awal membelek kamera yang masih 'terbau kedai' mencuri-curi dan mengalih perhatian en. mata dari melihat katun dan mengajak melihat apa yang dibelek. dalam pada en. perut merayu lagu keroncong meminta en. otak memberi perhatian padanya, en. akal yang semakin tersedar dari mamai mengarahkan keseluruhan jentera tubuh tadi berhenti dari perbuatan yang tidak penting dan memberi perhatian kepada en. perut yang mendendangkan lagu-lagu keroncong patriotik.dengan itu terhasilah hidangan istimewa pagi itu, hidangan yang paling 'enak' dan popular untuk seorang aku yang bujang, m**gi.
hasil kerjasama seluruh anggota hingga ke akar umbi, selera perut terlayan. untung jadi en. perut..bagitauje kat orang yang dia lapar. nak tanak orang lain terpaksa layan jugak, sebab kalau dia m**pos yang lain pun turut sama m**pos, dah en. akal bagi arahan melalui en. otak, hmm..takpelah..kalau tak ikut arahan en. otak dan en.akal nak ikut arahan sape lagi..hmm..nafsu?
..........bersambung..(keh keh)
5 comments:
tu la mike....dari seorang baik berdua. makan sorang ngan makan berdua lagi sedap makan kat jamuan hari raya... cari la kawan/kawin boleh makan berdua...
yop, benda senang je tu yop. lagi pun sekarang ni musim hujan. minyak pun dah turun harga...aai apa tunggu lagi...
bukan tanak kawin yop, tah la, ari tu jesica alba masuk meminang...tapi omak tolak.
yop...trip bagan lalang geng labon bila? cik hadi nak join
otak boleh dipegang2 ek, oleh doktor bedah ler. akal? kat mana duduknyer ya? fenin, fenin
hemm..susah gak nak pikir tu oleh otak kat mana fiziknya akal tu, tp dia ada.
seluruh anggota tubuh tak pernah nampak bigbos mereka iaitu en. akal, tapi sentiasa memerlukannya untuk melayakkan mereka semua bergelar manusia, khalifah,insan.
macam Allah swt yang tak mampu ku lihat, tapi Wujud. :)
Post a Comment