Salam.....
Beberapa hari lalu saya ada memberikan sedikit pandangan peribadi tentang kelemahan-kelemahan pada sebahagian perkara dan sistem kerja yang diamalkan di tempat kerja saya (most of labonian was there).
Ada antara pendapat-pendapat itu tidak digemari oleh seseorang (mungkin hanya andaian liar saya) but seems like somebody not so happy dan menganggap pandangan itu adalah tembak tepat yang bertujuan menyalahkan, menjatuhkan, merendahkan, mengaibkan seseorang dan tunjuk pandai berdasarkan kepada sedikit perkara (kerenah) yang perlu saya lalui saya keesokan harinya.
Suka saya ingin menyatakan, bukanlah tujuan utama saya menyalahkan sesiapa. Tetapi saya berpendapat ianya adalah satu perkara yang harus saya nyatakan kerana pertama,
saya tidak melihat ada sesiapa yang cenderung atau terlupa menyatakan perkara (masalah) tersebut walaupun kebanyakan mereka mengetahui perkara atau permasalahan atau kelemahan sistem kerja yg berjalan selama ini.
Kedua,
Saya melihat pada waktu itu, ianya adalah masa dan saluran paling sesuai untuk saya menyatakan pendapat. Saya menulis bukanlah kerana ingin menjelaskan kepada 'seseorang' itu kerana jelas orang itu bukanlah penggemar blog.
Thinking at the risk of confusing readers on this open web to the meaning of what im trying to state, may i here make this very general and could understood by generals about the principles that i stood up on :-
Kadang-kadang di tempat kerja kita di mana-mana terdapatlah pada mata kita akan kekurangan-kekurangan dan kelemahan-kelemahan.
Meluahkan perdapat di tempat yang betul sekurang kurangnya dapat menjelaskan dan membincangkan kelemahan dgn lebih berkesan dan lebih konstruktif.
Tidak salah membincangkan (meluahkan) perkara2 di kedai kopi, tetapi alangkah eloknya apa yang dilabon di kedai kopi dibawa ke tengah (mesyuarat) kerana kita mengharapkan keadaan menjadi lebih baik.
Tiada perkara seperti tidak mahu dianggap sebagai orang yang melawan, degil, rebel, memandai-mandai, tidak hormat ketua dan sebagainya selagi kita masih menjaga bahasa dan batasan serta realistik idea/pandangan kita. Saya masih menghormati ketua saya dan tiada apa-apa yang berubah berkenaan perasaan hormat tersebut...
( Cuma berharap agar sistem itu dapat berubah atau diperbaiki seperti yang dicapai di dalam perbincangan). Arakian.....
No comments:
Post a Comment