Tuesday, February 28, 2012

Bible bukan Injil!

ramai betul yg tulis tajuk paper/artikel ttg sebuah kitab yg berusia 1500 tahun semalam sebagai "kitab injil",

utk pengetahuan...itu bukan kitab injil. injil adalah wahyu Allah diturunkan kepada Nabi Isa a.s, pada ketika nabi Isa a.s hidup, tidak pernah Nabi Isa a.s mengarahkan sesiapa termasuk Hawariun untuk menulis wahyu tersebut dan membukukannya.

bible pertamakali dikumpul dan dibukukan hanyalah sekitar 300 tahun selepas nabi Isa a.s diangkat ke langit (org kristian kata disalib), Allah kata dlm Quran dia tidak dibunuh mahupun disalib, tetapi diangkat ke langit...

masalahnya kita yang memanggil buku yg terdapat di tangan org kristian itu sebagai injil, padahal mereka asalnya tidak menamakannya begitu. mereka memanggil kitab itu sbg bible, jadi panggillah kitab ditangan mereka itu sbg mana mereka memberitahu kita.

tetapi kita dalam kejahilan 'memberitahu' mereka bahawa apa yg mereka bawa itu adalah injil. Apabila mereka mendapati nama Injil memberi maksud yang bermakna buat org islam, mereka menggunakannya.

perkataan Injil tidak terdapat dalam bible

even, perkataan bible pun tiada dalam bible..

bible sendiri tidak mengatakan bahawa ianya dari Allah

sepertu Al Quran menjelaskan/memperkenalkan dirinya sendiri "Allah Yang Maha Pengasih yang menurunkan Quran"
....


Without Allah our week is like:

Mournsday, Tearsday, Wasteday, Thirstday, Fightday, Shatterday and Sinday. So, allow Him to be with you every day!

Monday, February 27, 2012

:)

seronok dan tidak pernah rasa penat menjawab bermacam2 soalan daripada non-muslim tentang Islam, sy berpesan mereka tidak perlu menerima apa yg al Quran dan Nabi (saw) kata jika x setuju, tapi bunyi nya lebih munasabah. marilah kita kongsi agama ini dgn cara yg penuh bertamadun. Islam bukan hanya untuk kita sendiri, bukan utk anak kita dan keluarga kita sahaja, ianya untuk seluruh ummat manusia bahkan seluruh alam. marilah kita membina tali persahabatan dengan org yg tidak tahu. semoga kita punya jawapan dihadapan Allah kelak apb ditanya apa yang kamu buat utk agama kamu smsa hidup di dunia. Allah swt tidak akan tanya kenapa ah meng, muthu dan david tidak terima islam, tetapi Allah swt akan pasti tanya sudahkah kamu menyampaikan Islam kepada mereka yang belum mengenal Nya . jika *kita (*hakikat kebenarannya di dunia)mampu berkata "ya, sedaya yang aku mampu", inshaAllah kita akan mendapat ganjarannya.

zaman profesional sudah tamat, semua orang islam boleh melakukannya... ilmu yg sedikit tidak akan kurang jika dikongsi, malah akan bertambah! tidak boleh lagi menyerahkan tugas ini kepada alim ulama sahaja, hakikatnya mmg tugas semua! mengikut ilmu dan kemampuan masing masing...

Thursday, February 2, 2012

jambatan ke seberang

hidup umpama roda, filosofi karma hindu, agak emosi, berbaur dendam...tidak salah ambil utk nilai positif spt mendorong utk buat baik. lebih tepat, hidup umpama sebuah jambatan...menuju seberang sana. jgn tergelincir sms menjalaninya.org jahat Allah balas, kita jlani shj dgn cool, mudah2 sampai ke seberang dengan selamat.

Siapa Abu Lahab?

Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001

Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!

A002

Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.

A003

Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.

A004

Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -

A005

Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.


surah al-Masad


Assalamualaikum.


Maulidurrasul tiba lagi.

apa kena mengena denga abu lahab?

Abu Lahab adalah salah seorang bapa saudara Nabi s.a.w

apabila baginda s.a.w dilahirkan, dialah yg kelihatan paling gembira. dia mengorbankan unta,

membebaskan hamba kerana gembiranya menyambut kelahiran Muhammad saw.


namun, selepas Rasulullah mengajak untuk mentauhidkan Allah,

dialah yang menjadi penghalang,

menjadi duri dalam dakwah islam

sehingga dilaknat Allah dalam alQuran...

nauzubillah


kita,

juga gembira menyambut kelahirannya...

amaran!

jangan sampai kita juga menjadi duri dalam da'wah islam

jika xmampu melaksanakan da'wah islam

sokonglah pendakwah2 dan dai'e,

jangan pula menghalang mereka dalam

menyebarkan islam kepada yg belum tahu (secara sedar atau tidak!)


semoga kita tidak senasib dengan abu lahab...

jangan kita jadi Abu Lahab sekarang...

nauzubillah...

moga Allah beri petunjuk..


wallahualam


sampaikan pesanku walau hanya satu ayat.


assalamualaikum.