Thursday, February 2, 2012

Siapa Abu Lahab?

Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001

Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama!

A002

Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya.

A003

Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang.

A004

Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. -

A005

Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal.


surah al-Masad


Assalamualaikum.


Maulidurrasul tiba lagi.

apa kena mengena denga abu lahab?

Abu Lahab adalah salah seorang bapa saudara Nabi s.a.w

apabila baginda s.a.w dilahirkan, dialah yg kelihatan paling gembira. dia mengorbankan unta,

membebaskan hamba kerana gembiranya menyambut kelahiran Muhammad saw.


namun, selepas Rasulullah mengajak untuk mentauhidkan Allah,

dialah yang menjadi penghalang,

menjadi duri dalam dakwah islam

sehingga dilaknat Allah dalam alQuran...

nauzubillah


kita,

juga gembira menyambut kelahirannya...

amaran!

jangan sampai kita juga menjadi duri dalam da'wah islam

jika xmampu melaksanakan da'wah islam

sokonglah pendakwah2 dan dai'e,

jangan pula menghalang mereka dalam

menyebarkan islam kepada yg belum tahu (secara sedar atau tidak!)


semoga kita tidak senasib dengan abu lahab...

jangan kita jadi Abu Lahab sekarang...

nauzubillah...

moga Allah beri petunjuk..


wallahualam


sampaikan pesanku walau hanya satu ayat.


assalamualaikum.


No comments: