Wednesday, May 23, 2012

Counting other people's sins does not make you a saint

Wednesday, May 16, 2012

muzakarah

bila cakap pasal buka pintu muzakarah antara dua kumpulan besar org2 islam yg lama berbeza utk kepentingan islam, bnyk musuh islam yg x senang duduk....yg dlm negara ketar lutut, yg luar negara terkentut kentut, kalau muzakarah berjalan dgn baik...ada yg terkencing terberak sambil berlari tak tentu duduk kot....

agaknye bila TGNA cakap pasal muzakarah dgn umno utk kpntgan agama, sape yg x senang duduk eh? ce teka ce teka...

Monday, May 14, 2012

LIM SWEE TIN - BERSATULAh MELAYU

SEKALI-sekala nak pos pasal melayu, bukan rasis...kerana ini ditulis oleh bukan melayu, sy tak dpt resist utk share..dan simpan utk kenangan sendiri
 
sekadar berkongsi sajak karya seorang tokoh bahasa melayu berbangsa cina, meluahkan pemikiran, emosi dan harapannya. jangan fikir payah sangat, berlapang dada dan baca dgn fikiran matang

BERSATULAH MELAYU
karya : Lim Swee Tin 


Bersatulah Melayu
Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah


Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita


Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju


Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung


Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih


Bersatulah Melayu
Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadulah Melayu, berpadu semua.

Wednesday, May 9, 2012

Allah is nearer to us than our own jugular vein

"It was We Who Created man, and We know what dark suggestions in his soul*4952 makes to him : for We are nearer to him than(his) jugular vein" - surah Qaf verse 16

*4952 - Abdullah Yusuf Ali commentry

Allah created man, and gave him his limited free will. Allah knows inmost desires and motives of man even better than man does himself. He is nearer to a man than the man's own jugular vein. the jugular veis is the big trunk vein, one on each side of the neck, which brings the blood back from the head to the heart. the two jugular veins correspond to the two carotid arteries which carry the blood from the heart to the head. as the blood-stream is the vehicle of life and consciousness, the phrase "nearer than the jugular vein" implies that Allah knows more truly the innermost state of our feeling and consciousness than does our own ego. 

matlamat

pernah org alim mencadangkan, ilmu ade umur matang juga..bagi org biasa spt aku, kalau kuat cari pengalaman hidup berpandukan al Quran dan Sunnah, inshaAllah umur 50 - 60 sampailah matangnya, mcmn pun itu perkiraan manusia sahaja, wlaupun ade benarnya untuk layman mcm aku ni, wallahualam

moga Allah panjangkan umurku dan beri kekuatan hati dan minda ke umur steady dan matang itu, untuk? utk matlamat share ilmu tauhid kepada yg belum tahu pada skala yg lebih besar....sbg hujah di akhirat kelak.

Monday, May 7, 2012

HE WENT SO SOON


bagaimana org yg tiada mempengaruhi karekter aku? dia ayahku..meninggal masa aku kanak2...aku x ingat mana pun, x bnyk meori dgn arwah...cuma bnyk cerita dari ma ttg arwah...so dari cerita itu lah aku mengkagumi dan membayang2 karektor arwah, ma cerita...ayah dulu orgnya garang, tegas..pemurah, baik hati, hensem, tinggi ilmu...semua cerita2 itu buat aku kagum dgn arwah, walau x sempat nak bersama2..aku dalam x sedar jadikan arwah sbg karektor panduan, aku cuba jadi sehebat arwah ayahku....dalam didikan ibu yg penuh emosi dan cerita.

kini dah 22 tahun berlalu selepas kepergiannya...dia masih solid lm minda, selalu termimpikan dia dan bila bangun dia tiada....

entah skrg slalu teringat arwah ayah...Nik Hitam bin Nik Long.

semoga kau tenang disisi Pencipta..amin. I MISS YOU. AL FATIHAH


you went too soon...

Sunday, May 6, 2012

drMAZA

‎"..saya tidak membantah bahawa hukum merosakkan harta benda awam dan berperang (tumpah darah) sesama muslim adalah haram..sejak awal dalam semua artikel dan kenyataan saya tentang demonstrasi saya telah tegas hal itu..tak fatwa pun orang dah tahu..cumanya apakah hal itu hanya terfokus untuk BERSIH? sejak sekian lama negara kita, bermula dari YAB PM dan Ketua2 negeri membuat sambutan tahun baru dan kemerdekaan..puluhan ribu yang hadir..sambutan-sambutan itu sering diikuti dengan pelbagai gejala maksiat muda-mudi..berpuluh tahun tidak pernah ada fatwa..tiba-tiba dengan cepatnya berfatwa..fatwa itu mungkin benar, tetapi senget sebelah..sama seperti wanita-wanita al-Arqam yang menyebut Nabi Muhammad tokoh seks suci..ia benar tetapi pincang..mengapa hanya itu yang engkau tonjolkan..sama seperti yang menyebut 'Ya Allah! Tuhan Pencipta khinzir!..memang benar tetapi senget..mengapa itu sahaja yang menjadi pilihanmu...aduhai yang 'diberi gelaran' ulama..dalam sepanjang sejarah kedudukan dan jawatan sering membuta, ataupun menjadikan mereka kelabu..jika ingin diharamkan, haramkan secara adil dan seimbang." - Dr MAZA




..satu ketika Ibn Taimiyyah bersama dengan sejumlah ulama Damsyik pergi berjumpa dengan Raja Tatar yang bernama Qazan. Raja Tatar tersebut mendakwa telah menganut Islam, tetapi melakukan penyelewengan dan kezaliman terhadap umat Islam. Ibnu Taimiyyah masuk untuk menasihatinya. Dengan nada tegas dan mesej yang jelas Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menasihati Raja Qazan berkenaan.

Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah kepada penterjemah Raja Qazan: “Beritahu Qazan, engkau mendakwa engkau seorang muslim, aku dengar bersama engkau ramai ulama. Habis mengapa engkau memerangi negeri kami? Bapa dan datuk engkau Hulako dahulu adalah kafir, tetapi mereka tidak menyerang negeri kami, sebaliknya membuat perjanjian. Adapun engkau berjanji tetapi mungkir, berkata tetapi tidak tunaikan.”

Kemudian berlangsunglah dialog antara Ibn Taimiyyah dan Raja Qazan. Selepas itu Raja Qazan berkenaan menjamu sekelian yang hadir ke majlis tersebut dengan hidangan. Kesemua yang hadir makan dengan lazatnya. Namun Ibn Taimiyyah tidak mahu makan. Lalu Raja Tatar itu bertanya: “Mengapa engkau tidak mahu makan?”.

Jawab Ibn Taimiyyah: “Bagaimana aku hendak makan, kesemua ini adalah hasil rampasanmu ke atas harta orang ramai? Kamu pula memasaknya dengan menggunakan kayu yang kamu potong daripada pokok-pokok milik orangramai!”.

Kata Raja Qazan: “Berdoalah untukku”.

Kata Ibn Taimiyyah: “Ya Allah, jika hambaMu ini seorang yang mulia, berperang untuk meninggikan kalimahMu, maka bantulah dia, kuatkan kerajaannya. Namun jika dia berperang kerana menunjuk-nunjuk, untuk mengangkat dirinya dan menghina Islam, maka ambillah tindakan terhadapnya”.

Ulama-ulama yang sedang makan dengan asyik hidangan Raja Tatar itu, masing-masing mengangkat jubah mereka. Lalu Ibn Taimiyyah bertanya mereka: “Mengapa kamu semua mengangkat jubah?”.

Jawab mereka: “Kami bimbang jika Raja memancung kepala engkau, nanti darah engkau akan terkena jubah kami”.

Apabila keluar dari majlis berkenaan mereka berkata kepada Ibn Taimiyyah: “Engkau telah telah membahayakan kami, kami tidak mahu bersama dengan engkau lagi”. Jawab: “Aku pun tidak mahu bersama kamu semua lagi” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 14/92, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

"Saya memetik cerita ini bagi menggambarkan kadang-kala betapa ramai mereka yang memakai gelaran agama seperti ulama, syeikh, mufti dan seumpamanya yang mementingkan jubahnya agar tidak kotor atau tercemar lebih daripada mementingkan tanggungjawab mereka sebagai ilmuwan Islam untuk menegakkan kebenaran kerana Allah.

Jika Ibn Taimiyyah tidak makan kerana mengenangkan nilai makanan yang dijamu, sementara ramai ulama lain yang ‘sebat semacam’ dalam kegawatan pertarungan yang seperti itu, apakah ulama di zaman keresahan rakyat miskin kini disebabkan kenaikan harga barang, akan mencontohi sikap Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, atau akan tiru macam ulama-ulama dalam majlis Qazan itu lalu mereka juga akan ‘sebat semacam’ jamuan mewah yang melampaui batas yang patut menggunakan harta rakyat.

..saya menulis ini bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri, bukan untuk orang lain. Ia boleh dibaca sebagai iktibar.." ~ 
- Dr MAZA