Monday, May 14, 2012

LIM SWEE TIN - BERSATULAh MELAYU

SEKALI-sekala nak pos pasal melayu, bukan rasis...kerana ini ditulis oleh bukan melayu, sy tak dpt resist utk share..dan simpan utk kenangan sendiri
 
sekadar berkongsi sajak karya seorang tokoh bahasa melayu berbangsa cina, meluahkan pemikiran, emosi dan harapannya. jangan fikir payah sangat, berlapang dada dan baca dgn fikiran matang

BERSATULAH MELAYU
karya : Lim Swee Tin 


Bersatulah Melayu
Kalau nampak ada retak
Kerana retak hujungnya belah
Bimbang belah membawa pecah
Melayu itu tak mampu berpecah


Bersatulah Melayu
Melayu itu cermin
Dalam jernihnya kita menilik
Kita menilik mencari wajah
Wajah Melayu wajah kita


Bersatulah Melayu
Melayu itu lampu
Terangi jalan luas terbentang
Siapa cuba kaburkan suluh
Kelak hilang arah dan tuju


Bersatulah Melayu
Melayu itu payung
Payung jangan carik
Carik payung
Manakan lagi tempat berlindung


Bersatulah Melayu
Melayu itu pohon
Akarnya mencengkam bumi
Bumi ini pautan kasih
Kasih Melayu segala kasih


Bersatulah Melayu
Cari dan rangkalah jalan damai
Damai membuka pintu pertemuan
Pertemuan kelak merintis padu
Berpadulah Melayu, berpadu semua.

No comments: