Thursday, August 30, 2012

Mualaf




kebiasaannya, terma 'mu'allaf' diberikan kepada orang yg baru memeluk agama islam, di mana sebenarnya kurang tepat. begitulah keadaan atau didikan tidak langsung kepada kita, hingakan out of ignorant, ada pula kelab mualaf yg wujud bagi mengumpulkan mereka yg baru kembali ke agama fitrah ini.

Mu'allaf sebenarnya adalah panggilan bagi individu yang bukan muslim atau bukan Islam yang mempunyai harapan masuk agama Islam atau orang yang baru masuk Islam yang imannya masih lemah. 

Penerimaan Zakat
Diberi kerana mereka dianggap mempunyai kepimpinan didalam masyarakatnya agar kemudian harinya Islam dapat di dilihat dan diterima oleh golongan masyarakatnya.

Pada Surah At-Taubah Ayat 60 disebutkan bahawa para mu'allaf termasuk orang-orang yang berhak menerima zakat.

Masalah yang dihadapi oleh Muallaf di Malaysia
1. Berkhatan
Kebanyakan orang bukan Islam mereka takut memeluk agama Islam walaupun mereka berminat kerana berkhatan. Masalah ini timbul terutamanya di kalangan orang tua. Sesetengah Jabatan Agama atau Majlis Agama mensyaratkan berkhatan sebelum dikeluarkan sijil Islam kepadanya.
2. Sebutan Saudara Baru
Kebanyakan sahabat kita yang baru memeluk agama Islam, membayangkan rasa tidak puas hati dengan panggilan muallaf atau saudara baru. Mereka berasa seolah-olah dalam Islam itu ada berperingkat-peringkat.
3. Tersisih dan Terpisah daripada Keluarga
Sahabat-sahabat kita dari keturunan Cina dan India, apabila mereka memeluk agama Islam maka keluarga mereka terus memutuskan hubungan kekeluargaan. Sahabat- sahabat kita ini yang bekerja dengan majikan bukan Islam pula akan dibuang kerja, sekiranya diketahui yang mereka telah memeluk agama Islam.
harapnya, selepas ini kita usahlah tergesa-gesa atau senang-senang memanggil mereka yg baru kembali kepada islam dgn panggilan atau gelaran mu'allaf, letakkan mereka ditempat yg sama dgn kita dari aspek kedudukan dalam sosio kemasyarakatan dan minda, melainkan menghargai mereka masih kurang ilmu agama dan harus dibantu sebaik-baiknya.

wallahualam dan wassalam