kebiasaannya, terma 'mu'allaf' diberikan kepada orang yg baru memeluk agama islam, di mana sebenarnya kurang tepat. begitulah keadaan atau didikan tidak langsung kepada kita, hingakan out of ignorant, ada pula kelab mualaf yg wujud bagi mengumpulkan mereka yg baru kembali ke agama fitrah ini.
Mu'allaf sebenarnya adalah panggilan
bagi individu yang bukan muslim atau bukan Islam yang mempunyai
harapan masuk agama Islam atau orang yang baru masuk Islam
yang imannya masih lemah.
Penerimaan
Zakat
Diberi kerana mereka dianggap mempunyai
kepimpinan didalam masyarakatnya agar kemudian harinya Islam dapat di dilihat
dan diterima oleh golongan masyarakatnya.
Pada Surah At-Taubah Ayat 60 disebutkan bahawa para mu'allaf termasuk orang-orang yang berhak menerima zakat.
Masalah yang dihadapi oleh Muallaf di
Malaysia
1. Berkhatan
Kebanyakan orang bukan Islam mereka takut
memeluk agama Islam walaupun mereka berminat kerana berkhatan. Masalah ini
timbul terutamanya di kalangan orang tua. Sesetengah Jabatan Agama atau Majlis
Agama mensyaratkan berkhatan sebelum dikeluarkan sijil Islam kepadanya.
2. Sebutan Saudara Baru
Kebanyakan sahabat kita yang baru memeluk
agama Islam, membayangkan rasa tidak puas hati dengan panggilan muallaf atau
saudara baru. Mereka berasa seolah-olah dalam Islam itu ada
berperingkat-peringkat.
3. Tersisih dan Terpisah daripada Keluarga
Sahabat-sahabat kita dari keturunan Cina dan
India, apabila mereka memeluk agama Islam maka keluarga mereka terus memutuskan
hubungan kekeluargaan. Sahabat- sahabat kita ini yang bekerja dengan majikan
bukan Islam pula akan dibuang kerja, sekiranya diketahui yang mereka telah
memeluk agama Islam.
harapnya, selepas ini kita usahlah tergesa-gesa atau senang-senang memanggil mereka yg baru kembali kepada islam dgn panggilan atau gelaran mu'allaf, letakkan mereka ditempat yg sama dgn kita dari aspek kedudukan dalam sosio kemasyarakatan dan minda, melainkan menghargai mereka masih kurang ilmu agama dan harus dibantu sebaik-baiknya.
wallahualam dan wassalam
No comments:
Post a Comment