Showing posts with label sambutan. Show all posts
Showing posts with label sambutan. Show all posts

Monday, August 25, 2008

Merdeka, Ramadhan...

Ketibaan bulan Ramadhan tahun ini adalah sehari selepas ulangtahun kemerdekaan negara.Pada bulan Ramadhan yang mulia ini umat Islam disuruh memperbanyakkan amal ibadat seperti berterawih di masjid dan mengurangkan urusan dunia dan memperbanyakkan pahala untuk bekalan di hari kemudian.
adalah tidak elok jika
"....dan lebih elok jika sambutan merdeka detik 12 malam di sambut di masjid-masjid ataupun surau dengan bertarawih!!! kerena bertarawih itu niatnya kerana Allah swt dan bukan kerana menyambut hari kemerdekaan.spt yang dicadang seorang bloger(tulisan italic di atas),mungkin yang menulis komen ini sekadar bergurau tetapi pula jika difahami maksud tulisan saya dgn positif saya tidak menyentuh langsung ttg bulan puasa jauh sekali melaga lagakan kedua dua sambutan baik ini kerana saya cuma memperkatakan ttg suasana sambutan kemerdekaan sahaja.itu sahaja.

Cuma apa yang terdetik di hati saya apabila membaca komen putrizmia itu ialah,
cara sambutan bulan kemerdekaan pada detik 12 malam yg berlaku sebelum ini telah menjadi gambaran diminda kita apabila setiapkali tiba masa utk menyambutnya iaitu kelakuan muda mudi yg tidak terkawal dan sbgnya.apabila kita ditanya apakah atau bagaimanakan menyambut/meraikan detik 12 mlm, terus tergambar diminda:
1) kelakuan muda mudi yang tidak baik dan tidak membina.
2) cara ucapan yang mengobarkan semangat oleh juruacara khususnya ketika menghitung detik 12 mlm dan sbgnya
3) cara sambutan spt nyanyian dan tarian yang menjurus kepada hiburan semata dan memprovok hadirin supaya melompat lompat.(walaupun selepas itu disuruh jangan melompat kerana tidak elok)
4) banyak lagi cara yang sbnrnya mngmbarkan kita tidak merdeka didalam sambutan merdeka

ini semua disebabkan ;
1) tidak cukup memahami erti dan nilai kemerdekaan yang dirai, atau:
2) tidak tahu kaedah bgmana menerapkan kefahaman,pendidikan,nilai kemerdekaan oleh penganjurnya

itulah gambaran yang tergambar di minda kita apabila menyebut ttg sambutan ini iaitu gejala dan pekara negatif.
kesannya sambutan bulan Ramadhan dan sambutan bulan Kemerdekaan dianggap sesuatu yang amat berbeza dan kontra.seolah olah satu baik dan satu lagi buruk
sedangkan kedua dua perkara ini adalah baik dan sama maksudnya iaitu :
1) Ramadhan
Tiada syaitan (dirantai), Berjuang melawan nafsu dan kemahuan fitrah diri
2) Kemerdekaan
Tiada penjajah (diusir), Berjuang melawan penjajahan ekonomi, mental, sosial, budaya dll.
Seharusnya kita bersyukur pada tahun ini kerana Allah s.w.t mempertemukan kita dua sambutan pada tarikh yang hampir sama,pasti ada hikmah disebaliknya jika kita mahu bersama sama memikirkannya.
Oleh disebabkan itulah ada yang melenting apabila membaca tulisan saya yg mana saya tidak pula menyalahkan mereka, kerana ianya memang secara tidak sedar diterap begitu sjk dari dulu lagi.
Pada setiap kali sambutan detik 12 mlm, kerajaan sering buntu tentang bagaimana hendak mengawal muda mudi yang tidak terbatas perlakuannya pada mlm itu, polis sentiasa dikerah, arak, bohsia, rempit, bergaduh sambil membawa bendera Malaysia dan melaungkan kemerdekaan.jadi apakan maksud kemerdekaan yang sebenarnya bagi mereka?
Jika dilihat tarikh kedua dua sambutan penting bagi agama dan bangsa kita ini, secara hikmahnya kerajaan boleh mengambil inisiatif dgn memikirkan cara sambutan berbeza tahun ini sempena ketibaan bulan mulia.cara yang lebih aman dan bersih dan lebih menghayati kemerdekaan.
Usahlah difikirkan apa yang pemuda pemudi ini mahu pada malam sambutan ini, tetapi fikirkan apa yang kita sbg pemimpin mahu mereka menjadi,apa yang agama mahu dan apa yang ibubapa mereka mahu dan apa yang negara mahu.ajaklah mereka kali ini menyambutnya dgn cara baru.
Sbg contoh mungkin boleh dibuat acara,ibadat beramai ramai ditempat yang difikirkan sesuai, bertanyalah kepada alim ulama.selepas itu melangkahlah masuk ke bulan mulia dgn tenang dan lebih bersedia.