Courier challenge
create a problem, solve it.
apa itu Courier,ianya adalah mukataip khas yang digunakan secara meluas dalam lakon layar(penulisan skrip filem/drama) through out the world.
saya mencari-cari satu aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada diri dan org lain. banyak aktiviti yang tercadang dek akal namum saya manusia punya satu minda sedar sahaja, mana mungkin mahu melakukan bnyk perkara, saya harus putuskan satu (lagi)
yap, bersahabat dengan Courier memang menyeronokkan, bidang itu memberi definisi baru dan menuntun saya ke dimensi baru kepada sensasi luahan rasa, saya pernah mencuba kanvas putih...ianya nyata berbeza. keseronokannya berbeza, tapi apalah hidup ini jika hanya kejar keseronokan bukan? bukankah dunia ini penjara (undang2) bagi orang beriman.
baru semalam (24 Sept), saya mula menyelami satu perasaan melalui penceritaan atau penulisan. asalnya mencipta satu masalah dan kemudian menyelesaikannya. tetapi ilham seperti baru terjaga dan bermain main galak di benak.
saya sudah berada dalam cerita itu, mencipta plot, mendapat idea, menggarap konflik, menyelesaikan permasalahan, merungkai sejarah, memberi dan menambah ilmu.
agak indah dan mencabar aktiviti ini, mungkin membuatkan aku sedikit berubah, banyak memerhati.
berkongsi harta yang paling berharga, harta yang paling berharga itu tidak akan habis jika kamu kongsi, malah akan bertambah.
carilah harta itu, ianya sudah kamu miliki, cuma kamu tidak sedar. samaada telalu bodoh kamu, atau terlalu pandai kamu...membuatmu sukar sedar akan kenapa kamu diutuskan ke dunia...
Monday, September 24, 2012
Thursday, August 30, 2012
Mualaf
kebiasaannya, terma 'mu'allaf' diberikan kepada orang yg baru memeluk agama islam, di mana sebenarnya kurang tepat. begitulah keadaan atau didikan tidak langsung kepada kita, hingakan out of ignorant, ada pula kelab mualaf yg wujud bagi mengumpulkan mereka yg baru kembali ke agama fitrah ini.
Mu'allaf sebenarnya adalah panggilan
bagi individu yang bukan muslim atau bukan Islam yang mempunyai
harapan masuk agama Islam atau orang yang baru masuk Islam
yang imannya masih lemah.
Penerimaan
Zakat
Diberi kerana mereka dianggap mempunyai
kepimpinan didalam masyarakatnya agar kemudian harinya Islam dapat di dilihat
dan diterima oleh golongan masyarakatnya.
Pada Surah At-Taubah Ayat 60 disebutkan bahawa para mu'allaf termasuk orang-orang yang berhak menerima zakat.
Masalah yang dihadapi oleh Muallaf di
Malaysia
1. Berkhatan
Kebanyakan orang bukan Islam mereka takut
memeluk agama Islam walaupun mereka berminat kerana berkhatan. Masalah ini
timbul terutamanya di kalangan orang tua. Sesetengah Jabatan Agama atau Majlis
Agama mensyaratkan berkhatan sebelum dikeluarkan sijil Islam kepadanya.
2. Sebutan Saudara Baru
Kebanyakan sahabat kita yang baru memeluk
agama Islam, membayangkan rasa tidak puas hati dengan panggilan muallaf atau
saudara baru. Mereka berasa seolah-olah dalam Islam itu ada
berperingkat-peringkat.
3. Tersisih dan Terpisah daripada Keluarga
Sahabat-sahabat kita dari keturunan Cina dan
India, apabila mereka memeluk agama Islam maka keluarga mereka terus memutuskan
hubungan kekeluargaan. Sahabat- sahabat kita ini yang bekerja dengan majikan
bukan Islam pula akan dibuang kerja, sekiranya diketahui yang mereka telah
memeluk agama Islam.
harapnya, selepas ini kita usahlah tergesa-gesa atau senang-senang memanggil mereka yg baru kembali kepada islam dgn panggilan atau gelaran mu'allaf, letakkan mereka ditempat yg sama dgn kita dari aspek kedudukan dalam sosio kemasyarakatan dan minda, melainkan menghargai mereka masih kurang ilmu agama dan harus dibantu sebaik-baiknya.
wallahualam dan wassalam
Thursday, July 26, 2012
Logo Malaysia Merdeka 2012
Skrg semua designer masing-masing tak happy dengan 'logo' rasmi hari kemerdekaan, dan juga temanya yang sepatutnya suci dan neutral.
sebabkan semua sbb tak puas hati, maka mereka design logo sendiri, bukan harap sangat logo sediaada diganti dgn logo mereka, sbb tahu kemungkinannya tipis, tapi sekadar puaskan hati sendiri dan sebagai tanda protes daripada jiwa warga kreatif yg mungkin dipandang negatif kerana gagal hasilkan rekaan yang betul dan baik. padahal cerita sebalik pemilihan logo sekarang hanya Allah yg tahu kenape jadi cenggitu.
aku pun layan satu logo, sebab tak tercerna akal aku logo skrg, hati x mampu nak iktiraf 'logo' tersebut... ni logo dari gue, dan x dapat nak letak tema itu sbb salah dari segi maksud kemerdekaan dan perpaduan.
layan
takde copyright utk logo ini, boleh digunakan tanpa kebenaran...(kalau rase nak la)
Nik Zulkifli
Labels:
2012,
bulan kemerdekaan,
comel,
cun,
hari kebangsaan,
logo,
logo 2012,
logo cantik,
logo ganti,
malaysia,
merdeka,
pertandingan logo,
protes,
sambutan hari kemerdekaan 2012,
smart,
style,
tema,
terbaik
Monday, July 2, 2012
sedih
paling sedih dan rase nak menangis, bila tengok kadang2 si isteri bersungguh2 mahu tambah ilmu agama sbb takut nasib di akhirat, belajar kadang2 senyap senyap, beli buku tutorial ibadah dan lain lain...si suami? kekal malas...di dunia lama, solat pun huru hara...mmg sedih camni...astaghfirullah, kesian si isteri...dapat suami camni, patutnya kalau tak mampu bimbing pun, bersama-sama isteri dan keluarga berusaha tingkatkan agama pun dah ok.
Saturday, June 16, 2012
hapdet
sekarang sedang bertarung dengan cabaran sendiri, mahu menghasilkan animasi sendiri....untuk lebih cabaran, saya meletakkan tekanan pd diri sendiri...mohon kekuatan dan motivasi. masa utk berblog kurang dan fb kurang dah....
last week interview utk kursus luar negara, COTI Korea, kursus pembangunan eksekutif di sinun...interview xlah ok sgt, x la teruk sangat.....kalau ade rezeki Allahsampai lah ke korea bulan september ni, moga Allah al Fatah bagi jalan utk aku luaskan ilmu dan pengalaman di tempat orang utk dimanfaatkan di tempat sendiri inshaAllah.
last week interview utk kursus luar negara, COTI Korea, kursus pembangunan eksekutif di sinun...interview xlah ok sgt, x la teruk sangat.....kalau ade rezeki Allahsampai lah ke korea bulan september ni, moga Allah al Fatah bagi jalan utk aku luaskan ilmu dan pengalaman di tempat orang utk dimanfaatkan di tempat sendiri inshaAllah.
Wednesday, June 6, 2012
Ramadhan animation...
currently working on cute animation movie for upcoming Ramadhan, working hard for this...i am involved in the production as, script writer, production designer, animator, director, storyboardist, audio man, editor,..and all..so greedy, no la...one man army maaaa......
may Allah make my task easy...amin
Subscribe to:
Posts (Atom)




