Sunday, December 2, 2012

berjihad memperbaiki diri....

Sunday, October 14, 2012

~!@#$%^&*()_+

Dunia ini panggung sandiwara
Cerita yang mudah berubah
Kisah Mahabarata atau tragedi dari Yunani
Setiap kita dapat satu peranan
Yang harus kita mainkan
Ada peran wajar ada peran berpura pura

Mengapa kita bersandiwara

Peran yang kocak bikin kita terbahak bahak
Peran bercinta bikin orang mabuk kepayang
Dunia ini penuh peranan
Dunia ini bagaikan jambatan kehidupan

Mengapa kita bersandiwara

Sunday, October 7, 2012

biarkan ia pergi....

Assalamualaikum

terlintas nak menotakan satu ingatan.

teringat dahulu pernah dibawa melawat sebuah penjara wanita (kajang) untuk satu tugasan rasmi. dibawa warder melintasi bilik-bilik, asrama, kelas masakan, bengkel, nursery, kantin dan sebagainya....amboih, dalam hati berkata kerajaan memang baik, tp hukuman tu kelihatan menyeronokkan pulak, ape tak nya... di dunia luar penuh dgn pancaroba, perlu usaha utk hidup. hingga mencetus dosa dan jenayah...bila ditangkap masuk penjara...aik! rupanya dalam penjara lagi best.

tapi bukan itu kisah yg nak dinotakan.


semasa dibawa melawat sel demi sel, sampai lah ke sel khas, agak terjaga, tiada jeriji besi, ianya agak luas dari sel lain dan bercermin kaca. penghuninya seorang perempuan yg masih amat muda. kata warder, dia ni bangun tido je termenung hingga dia tido semula, tidak bercakap.

saya tanya kenapa jadi begitu, kata warder tu..dia sedang mencari dimanakan permulaan masalah dalam hidupnya, tercari-cari dimanakah mula titik kesilapan langkahnya, adakah kesalahan itu disebabkan dirinya atau orang lain, adakah ketidak adilan telah berlaku? dan sebagainya...

sy pun pernah dirundung masalah, kecil dan besar. juga apabila badan dan otak penat dan seolah olah berputus asa dgn ujian Allah, minda mula mencari cari dimana mula silapnya. seolah-olah apabila dapat dijumpakan mana mula silapnya kita bisa merubah segalah yg telah terjadi. hmm...tidak sama sekali, mmg manusia itu pelupa walau dah diajar tok guru berkali kali tentang qada' dan qadar Tuhan, tentang takdir. apabila datang rasa asa, mula mencari cari dan menghukum diri.

masa yang lalu tidak boleh diundur semula

apa yang berlaku dan dosa silap lampau biarkan berlalu, usah diratapi dan diingat lagi.

biar menyesal dengan taubat dan tekad, jangan menyesal dengan menghukum diri. kehidupan harus diteruskan. perlu selalu ingat, Allah telah berfirman dalam surah al Ankabut ayat kedua 2 :
" Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"


wallahualam.

Monday, September 24, 2012

Courier New

Courier challenge
create a problem, solve it.

apa itu Courier,ianya adalah mukataip khas yang digunakan secara meluas dalam lakon layar(penulisan skrip filem/drama) through out the world. 

saya mencari-cari satu aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada diri dan org lain. banyak aktiviti yang tercadang dek akal namum saya manusia punya satu minda sedar sahaja, mana mungkin mahu melakukan bnyk perkara, saya harus putuskan satu (lagi)

yap, bersahabat dengan Courier memang menyeronokkan, bidang itu memberi definisi baru dan menuntun saya ke dimensi baru kepada sensasi luahan rasa, saya pernah mencuba kanvas putih...ianya nyata berbeza. keseronokannya berbeza, tapi apalah hidup ini jika hanya kejar keseronokan bukan? bukankah  dunia ini penjara (undang2) bagi orang beriman.

baru semalam (24 Sept), saya mula menyelami satu perasaan melalui penceritaan atau penulisan. asalnya mencipta satu masalah dan kemudian menyelesaikannya. tetapi ilham seperti baru terjaga dan bermain main galak di benak.

saya sudah berada dalam cerita itu, mencipta plot, mendapat idea, menggarap konflik, menyelesaikan permasalahan, merungkai sejarah, memberi dan menambah ilmu.

agak indah dan mencabar aktiviti ini, mungkin membuatkan aku sedikit berubah, banyak memerhati.

berkongsi harta yang paling berharga, harta yang paling berharga itu tidak akan habis jika kamu kongsi, malah akan bertambah.

carilah harta itu, ianya sudah kamu miliki, cuma kamu tidak sedar. samaada telalu bodoh kamu, atau terlalu pandai kamu...membuatmu sukar sedar akan kenapa kamu diutuskan ke dunia...

Thursday, August 30, 2012

Mualaf




kebiasaannya, terma 'mu'allaf' diberikan kepada orang yg baru memeluk agama islam, di mana sebenarnya kurang tepat. begitulah keadaan atau didikan tidak langsung kepada kita, hingakan out of ignorant, ada pula kelab mualaf yg wujud bagi mengumpulkan mereka yg baru kembali ke agama fitrah ini.

Mu'allaf sebenarnya adalah panggilan bagi individu yang bukan muslim atau bukan Islam yang mempunyai harapan masuk agama Islam atau orang yang baru masuk Islam yang imannya masih lemah. 

Penerimaan Zakat
Diberi kerana mereka dianggap mempunyai kepimpinan didalam masyarakatnya agar kemudian harinya Islam dapat di dilihat dan diterima oleh golongan masyarakatnya.

Pada Surah At-Taubah Ayat 60 disebutkan bahawa para mu'allaf termasuk orang-orang yang berhak menerima zakat.

Masalah yang dihadapi oleh Muallaf di Malaysia
1. Berkhatan
Kebanyakan orang bukan Islam mereka takut memeluk agama Islam walaupun mereka berminat kerana berkhatan. Masalah ini timbul terutamanya di kalangan orang tua. Sesetengah Jabatan Agama atau Majlis Agama mensyaratkan berkhatan sebelum dikeluarkan sijil Islam kepadanya.
2. Sebutan Saudara Baru
Kebanyakan sahabat kita yang baru memeluk agama Islam, membayangkan rasa tidak puas hati dengan panggilan muallaf atau saudara baru. Mereka berasa seolah-olah dalam Islam itu ada berperingkat-peringkat.
3. Tersisih dan Terpisah daripada Keluarga
Sahabat-sahabat kita dari keturunan Cina dan India, apabila mereka memeluk agama Islam maka keluarga mereka terus memutuskan hubungan kekeluargaan. Sahabat- sahabat kita ini yang bekerja dengan majikan bukan Islam pula akan dibuang kerja, sekiranya diketahui yang mereka telah memeluk agama Islam.
harapnya, selepas ini kita usahlah tergesa-gesa atau senang-senang memanggil mereka yg baru kembali kepada islam dgn panggilan atau gelaran mu'allaf, letakkan mereka ditempat yg sama dgn kita dari aspek kedudukan dalam sosio kemasyarakatan dan minda, melainkan menghargai mereka masih kurang ilmu agama dan harus dibantu sebaik-baiknya.

wallahualam dan wassalam

Thursday, July 26, 2012

Logo Malaysia Merdeka 2012

Skrg semua designer masing-masing tak happy dengan 'logo' rasmi hari kemerdekaan, dan juga temanya yang sepatutnya suci dan neutral.

sebabkan semua sbb tak puas hati, maka mereka design logo sendiri, bukan harap sangat logo sediaada diganti dgn logo mereka, sbb tahu kemungkinannya tipis, tapi sekadar puaskan hati sendiri dan sebagai tanda protes daripada jiwa warga kreatif yg mungkin dipandang negatif kerana gagal hasilkan rekaan yang betul dan baik. padahal cerita sebalik pemilihan logo sekarang hanya Allah yg tahu kenape jadi cenggitu.

aku pun layan satu logo, sebab tak tercerna akal aku logo skrg, hati x mampu nak iktiraf 'logo' tersebut... ni logo dari gue, dan x dapat nak letak tema itu sbb salah dari segi maksud kemerdekaan dan perpaduan.

layan

takde copyright utk logo ini, boleh digunakan tanpa kebenaran...(kalau rase nak la)
Nik Zulkifli

Monday, July 2, 2012

sedih

paling sedih dan rase nak menangis, bila tengok kadang2 si isteri bersungguh2 mahu tambah ilmu agama sbb takut nasib di akhirat, belajar kadang2 senyap senyap, beli buku tutorial ibadah dan lain lain...si suami? kekal malas...di dunia lama, solat pun huru hara...mmg sedih camni...astaghfirullah, kesian si isteri...dapat suami camni, patutnya kalau tak mampu bimbing pun, bersama-sama isteri dan keluarga berusaha tingkatkan agama pun dah ok.