Saturday, August 30, 2008

Ramadhan

Selamat menjalani ibadah puasa,
ramadhan ini...semoga kita benar benar merdeka utk melakukan perkara baik dan mninggalkan benda tidak baik.
semoga kita bebas dari gangguan syaitan dr golongan jin dan manusia di bulan Ramadhan dan bulan bulan seterusnya.
semoga kita menjadi orang yang lebih baik dari hari ke hari.
pesanan naif dari saya utk saya sendiri dan utk org lain gak!
InsyaAllah, Subahanallah.Alhamdulillah.Allahuakhbar...Ramadhan dtg lagi...

Thursday, August 28, 2008

bajet'09 talkshow

sempat amber berposing dekat set bajet yang takde bajet...hehehe
diorang tak bagi bajet nak wat set ni, ade la tapi sikiiitt jer...

so ini la yang aku leh buat...

terpaksa guna kreativiti nak menaikkan mood agar kena dgn topik yg nak dikupas kupiskan...

but yet...i like this set, less is more la....













.......perdebatan hingga ke luar set!!!

Wednesday, August 27, 2008

sketch waktu busyan


asal aku bosan je aku mesti sketch...asal aku sketch je mesti bosan..

Monday, August 25, 2008

Merdeka, Ramadhan...

Ketibaan bulan Ramadhan tahun ini adalah sehari selepas ulangtahun kemerdekaan negara.Pada bulan Ramadhan yang mulia ini umat Islam disuruh memperbanyakkan amal ibadat seperti berterawih di masjid dan mengurangkan urusan dunia dan memperbanyakkan pahala untuk bekalan di hari kemudian.
adalah tidak elok jika
"....dan lebih elok jika sambutan merdeka detik 12 malam di sambut di masjid-masjid ataupun surau dengan bertarawih!!! kerena bertarawih itu niatnya kerana Allah swt dan bukan kerana menyambut hari kemerdekaan.spt yang dicadang seorang bloger(tulisan italic di atas),mungkin yang menulis komen ini sekadar bergurau tetapi pula jika difahami maksud tulisan saya dgn positif saya tidak menyentuh langsung ttg bulan puasa jauh sekali melaga lagakan kedua dua sambutan baik ini kerana saya cuma memperkatakan ttg suasana sambutan kemerdekaan sahaja.itu sahaja.

Cuma apa yang terdetik di hati saya apabila membaca komen putrizmia itu ialah,
cara sambutan bulan kemerdekaan pada detik 12 malam yg berlaku sebelum ini telah menjadi gambaran diminda kita apabila setiapkali tiba masa utk menyambutnya iaitu kelakuan muda mudi yg tidak terkawal dan sbgnya.apabila kita ditanya apakah atau bagaimanakan menyambut/meraikan detik 12 mlm, terus tergambar diminda:
1) kelakuan muda mudi yang tidak baik dan tidak membina.
2) cara ucapan yang mengobarkan semangat oleh juruacara khususnya ketika menghitung detik 12 mlm dan sbgnya
3) cara sambutan spt nyanyian dan tarian yang menjurus kepada hiburan semata dan memprovok hadirin supaya melompat lompat.(walaupun selepas itu disuruh jangan melompat kerana tidak elok)
4) banyak lagi cara yang sbnrnya mngmbarkan kita tidak merdeka didalam sambutan merdeka

ini semua disebabkan ;
1) tidak cukup memahami erti dan nilai kemerdekaan yang dirai, atau:
2) tidak tahu kaedah bgmana menerapkan kefahaman,pendidikan,nilai kemerdekaan oleh penganjurnya

itulah gambaran yang tergambar di minda kita apabila menyebut ttg sambutan ini iaitu gejala dan pekara negatif.
kesannya sambutan bulan Ramadhan dan sambutan bulan Kemerdekaan dianggap sesuatu yang amat berbeza dan kontra.seolah olah satu baik dan satu lagi buruk
sedangkan kedua dua perkara ini adalah baik dan sama maksudnya iaitu :
1) Ramadhan
Tiada syaitan (dirantai), Berjuang melawan nafsu dan kemahuan fitrah diri
2) Kemerdekaan
Tiada penjajah (diusir), Berjuang melawan penjajahan ekonomi, mental, sosial, budaya dll.
Seharusnya kita bersyukur pada tahun ini kerana Allah s.w.t mempertemukan kita dua sambutan pada tarikh yang hampir sama,pasti ada hikmah disebaliknya jika kita mahu bersama sama memikirkannya.
Oleh disebabkan itulah ada yang melenting apabila membaca tulisan saya yg mana saya tidak pula menyalahkan mereka, kerana ianya memang secara tidak sedar diterap begitu sjk dari dulu lagi.
Pada setiap kali sambutan detik 12 mlm, kerajaan sering buntu tentang bagaimana hendak mengawal muda mudi yang tidak terbatas perlakuannya pada mlm itu, polis sentiasa dikerah, arak, bohsia, rempit, bergaduh sambil membawa bendera Malaysia dan melaungkan kemerdekaan.jadi apakan maksud kemerdekaan yang sebenarnya bagi mereka?
Jika dilihat tarikh kedua dua sambutan penting bagi agama dan bangsa kita ini, secara hikmahnya kerajaan boleh mengambil inisiatif dgn memikirkan cara sambutan berbeza tahun ini sempena ketibaan bulan mulia.cara yang lebih aman dan bersih dan lebih menghayati kemerdekaan.
Usahlah difikirkan apa yang pemuda pemudi ini mahu pada malam sambutan ini, tetapi fikirkan apa yang kita sbg pemimpin mahu mereka menjadi,apa yang agama mahu dan apa yang ibubapa mereka mahu dan apa yang negara mahu.ajaklah mereka kali ini menyambutnya dgn cara baru.
Sbg contoh mungkin boleh dibuat acara,ibadat beramai ramai ditempat yang difikirkan sesuai, bertanyalah kepada alim ulama.selepas itu melangkahlah masuk ke bulan mulia dgn tenang dan lebih bersedia.

Sunday, August 24, 2008

Bendera Terbalik?

kadang kadang kita bercakap pasal bendera seolah olah bendera tu ada hati dan perasaan,tetapi sebenarnya yang mempunyai hati dan perasaan adalah orang yang bernaung dibawah bendera itu...
saya pasti sbb ada hati dan perasaanlah bermacam macam komen dan dan reaksi marahpekik diluahkan oleh ramai orang,semuanya seolah olah reaksi yang sudah dijangka.
ada golongan tertentu yang juga mempunyai hati dan perasaan memberi cadangan yang tidak popular/pelik/berisiko dan menyentuh hati dan perasaan/sensitiviti orang lain sehingga boleh mengundang cercaan dan makihamun serta hukuman hukuman.
golongan ini seolah olah sudah tahu bahaya dan risiko akibat tindakannya tersebut tetapi masih meneruskannya, mungkin hanya untuk menarik perhatian orang bagi mendengar ceritanya.golongan ini seperti perumpamaan orang muda yang kecewa bercinta dan ingin membunuh diri, bezanya tindakan berisiko golongan ini lebih matang kerana disusuli dengan luahan dan sebab musabab untuk dinilai oleh mereka mereka yang matang dan mahu berfikir sebelum bertindak.mereka sudah tidak peduli lagi ttg bahaya kepada diri mereka akibat perbuatan itu.
golongan ini saya pasti niatnya bukanlah untuk membelakangi kedaulatan bangsa Malaysia kerana subjek serangannya adalah juga orang yang sayangkan Malaysia dan sepatutnya melakukan sesuatu yang padan dengan perasaan sayang kepada negara dan rakyat.
sebagai seorang pemimpin yang baik, seseorang itu hendaklah berfikir kenapa ada tindakan tindakan pelik dan melampau oleh anak buahnya.setelah habis puas berfikir dan menilai, terpulanglah kepada pemimpin itu bagaimana mahu bertindak:
1) menghukum orang ini,mendabik dada kemudian tidak berbuat apa-apa
2) menghukum orang ini kemudian berfikir kenapa orang ini berbuat demikian
3) berfikir kenapa ada cadangan sebegini dan menghukum
4) SENTIASA BERMUHASABAH DIRI dan mementingkan negara dan rakyat lebih dari diri sendiri
berfikirlah....
golongan ini mempunyai prinsip yang dipegang dan apabila terjadi perihal yang tidah dapat berjalan sama atau hampir dgn prinsip itu mereka rela terkorban daripada mengorbankan prinsip mereka.mereka ini bertanggungjawab keatas tindakan mereka dan mereka sedar ttg hal itu.mungkin kita boleh menghukum orang ini utk buang negara sekalipun, tetapi jika tujuan kita mengkuhum itu hanya untuk memberitahu orang ini bahawa"langit itu tinggi atau rendah"atau memberitahu orang ini supaya tidak "menjolok sarang tebuan" maka kitalah sebenarnya yang "marahkan nyamuk, kelambu dibakar".
p/s:
cadangan menterbalikkan bendera Malaysia adalah cadangan yang tidak harus diteruskan dan marilah kita sempena Ulangtahun Kemerdekaan ke 51 ini menjulang bendera ini dengan megah dan sambil itu berfikirlah utk hari ini dan esok, apakah yang termampu kita sbg rakyat negara bertuah ini mampu lakukan utk menjadikan Malaysia ini dari negara yang baik kpd yang lebih baik dan bagi pemimpin sentiasalah peka kepada mesej dan kemahuan yang diisyaratkan oleh rakyat.

Saturday, August 23, 2008

ntah

Bersatulah sebelum kita semua menang sorak, kampung tergadai.
kenapa perlu menjadi sedikit sedang kita sedia ramai.
kenapa perlu bercakaran jika boleh berbincang.

Thursday, August 21, 2008

Merdeka 51

salam, selamat menyambut hari kemerdekaan ke 51,

sedar tidak tinggal kurang 10 hari lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan,
tapi terasa pelik kerana kehambaran semangat (mungkinkah perasaan saya saja kot)...

biasanya apabila melangkah masuk ke bulan kemerdekaan, ogos..ramai yang akan menunjukkan semangat berkobar - kobar, memasang bendera di rumah.premis,pejabat, kenderaan dan dimana mana...

peliknya saya pada tahun ini saya masih belum jumpa sebuahpun kenderaan yang memasang Jalur Gemilang,
apakah kemungkinannya ?

1) adakah kekurangan kempen bulan kemerdekaan sekarang oleh kerajaan yang terlalu sibuk dengan kempen - kempen yang lain.
2)adakah rakyat pula terlalu sibuk bergelut dengan kehidupan harian hingga lupa bendera yang disimpan tahun sebelumnya utk dipasang di kereta,kedai dan sebagainya.
3)mungkin kerajaan mempunyai mesej tertentu ingin disampaikan kepada rakyat kenapa sambutan kali ini harus dihambarkan dan mungkin sekali juga rakyat mempunyai mesej tertentu yang ingin disampaikan kepada kerajaan kenapa mereka tidak bersemangat menyambut bulan kemerdekaan...

saya juga pada tahun ini terasa kurang bersemangat, hendak memasang bendera di kereta tetapi ada satu perasaan telah hilang ketika hendak memasangnya, tidak seperti tahun - tahun dahulu, terasa amat bersemangat dan beremosi ketika memasang bendera,
kemegahan kibaran jalur gemilang itu harus diiringi dengan kemegahan dan pencapaian semasa, jika tidak, kita hanya akan berbangga dengan sejarah sejarah sejarah sejarah sejarah sejarah dan sejarah yang sudah pun dicipta dahulu sedangkan cabaran semasa dan hari depan haruslah diwarnai dengan kesediaan dan kejayaan hasil usaha bersama antara kerajaan dan rakyat.

saya masih lagi menyambut hari kemerdekaan tetapi kali ini dengan cara saya sendiri, mungkin bukan dgn mengibarkan jalur gemilang di kereta, tetapi dengan azam & janji agar dapat menjadi manusia yang lebih baik utk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara MALAYSIA yang amat saya cintai ini, sekali lagi saya tertasa sebak.

p/s : pernah satu masa (bulan ogos tahun 2005),saya ke kedai bendera yang dimiliki seorang tauke cina yang peramah, saya melihat lihat pelbagai jenis bentuk corak dan warna, bendera yang mewakili pelbagai kesatuan, organisasi, negeri dan ada juga bendera negara lain, tetapi jiwa saya semakin bersemangat bila melihat di bahagian paling tinggi dinding kedai tersebut sebuah benderah yang paling besar dipampang megah, bendera negara kita, Jalur Gemilang!
saya ke kedai tersebut untuk membeli sebuah bendera Malaysia kecil untuk diletakkan atas meja pejabat.
tauke tersebut setelah mendapatkan saya bendera kecil tersebut menegur saya yang leka melihat Jalur Gemilang yang besar tadi..,lalu cuba memberikan saya sebuah Jalur Gemilang bersaiz 3' x 6', namun saya menolak untuk mendapatnya secara percuma, dan saya membayar seperti harga yang tertera.hehe...tauke ingin memberi secara percuma dan saya pula berkeras ingin membayarnya.lihatlah apabila menyentuh ttg kecintaan kepada negara, sesuati yang pelik dan terbalik mudah berlaku...dari perbualan ttg bendera Jalur Gemilang dgn tauke tersebut nyatalah beliau seorang yang sangat sayangkan negaranya Malaysia.

selamat menyambut hari kemerdekaan ke 51 kepada semua warganegara Malaysia. Malaysia Boleh!!

sketches#1
















sungguh tuhan itu Maha Agung,
dicipta wanita pelengkap kehidupan,
terhias di jiwa kekuatan dan kelembutan,
memungkinkan menanggung dunia terbentang,
pelbagai watak jadi mainan,
bersilih topeng sembunyi kesedihan,
kepada Allah semua diserahkan,
agar dunia akhirat diberkati tuhan.


ambe buat sketches bila otak tengah menjalar dari memikirkan pengorbanan seorang bonda membesarkan 9 orang anak sendirian...
terus menjalar pula pemikiran kepada kebesaran tuhan yang mencipta wanita yang dilengkapi dengan perasaan yang begitu halus yang memungkinkan mereka menggalas tanggung jawab besar seorang isteri dan ibu kpd anak anak bermula subuhari hingga melelapkan mata(itupun lepas bapak budak dah lelap,selagi x lelap?) dan mengulanginya semula skrip sama keesokan harinya dan begitulah seterusnya.fuhhhh....

Sunday, August 17, 2008

monolog sendirian....

kita seringkali memerlukan nasihat daripada orang lain apb sampai kepada perkara perkara yang kita tdk tahu untuk membuatnya kerana seorang manusia itu dikurniakan ilmu yang terhad dan tertentu shj ttg tidak mungkin seorang manusia itu dikaruniai oleh Allah dgn pengetahuan dan ilmu yang mencakupi semua bidang dan kemahiran manusia kerana manusia itu dicipta dgn had had yang tertentu,

tiada gajah setangkas harimau dan tiada harimau sekuat gajah.

oleh yang demikian, perlulah seorang manusia itu menuntut ilmu ttg perkara yg hendak dikuasainya drp orang yang pandai dan pakar ttg perkara tersebut.
setelah menguasai ilmu tersebut, terpulanglah pula kepada manusia itu bgmn hendak menggunakan ilmu itu didalam kehidupan/pekerjaannya mengikut corak dan bunga kehidupannya.ilmu itu pula hendaklah dipandu oleh akal,iman,kewarasan dan kebijaksanaan serta kesesuaian keadaan ketika itu.

apabila kita diberikan padi oleh seorang petani yang hebat, terpulanglah kepada kita untuk hanya menjadikan padi itu sekadar nasi utk dimakan sehingga habis atau ditanam sedikit dan dimasak pula selebihnya dgn pelbagai jenis hidangan yang lazat utk dijual dan dimakan...

Wednesday, August 13, 2008

Alien Gondol

hasil dari kursus animasi menggunakan flash selama 3 hari di IPTAR...sesaje je join kusus tuh,mase job tgh lapang...boleh la...tak pernah pakai flash pun sblum ni...gegege

blog ambe...

ketinggalan untuk berblog??...jgn lah...saya mesti pilih...hehehe