Monday, August 25, 2008

Merdeka, Ramadhan...

Ketibaan bulan Ramadhan tahun ini adalah sehari selepas ulangtahun kemerdekaan negara.Pada bulan Ramadhan yang mulia ini umat Islam disuruh memperbanyakkan amal ibadat seperti berterawih di masjid dan mengurangkan urusan dunia dan memperbanyakkan pahala untuk bekalan di hari kemudian.
adalah tidak elok jika
"....dan lebih elok jika sambutan merdeka detik 12 malam di sambut di masjid-masjid ataupun surau dengan bertarawih!!! kerena bertarawih itu niatnya kerana Allah swt dan bukan kerana menyambut hari kemerdekaan.spt yang dicadang seorang bloger(tulisan italic di atas),mungkin yang menulis komen ini sekadar bergurau tetapi pula jika difahami maksud tulisan saya dgn positif saya tidak menyentuh langsung ttg bulan puasa jauh sekali melaga lagakan kedua dua sambutan baik ini kerana saya cuma memperkatakan ttg suasana sambutan kemerdekaan sahaja.itu sahaja.

Cuma apa yang terdetik di hati saya apabila membaca komen putrizmia itu ialah,
cara sambutan bulan kemerdekaan pada detik 12 malam yg berlaku sebelum ini telah menjadi gambaran diminda kita apabila setiapkali tiba masa utk menyambutnya iaitu kelakuan muda mudi yg tidak terkawal dan sbgnya.apabila kita ditanya apakah atau bagaimanakan menyambut/meraikan detik 12 mlm, terus tergambar diminda:
1) kelakuan muda mudi yang tidak baik dan tidak membina.
2) cara ucapan yang mengobarkan semangat oleh juruacara khususnya ketika menghitung detik 12 mlm dan sbgnya
3) cara sambutan spt nyanyian dan tarian yang menjurus kepada hiburan semata dan memprovok hadirin supaya melompat lompat.(walaupun selepas itu disuruh jangan melompat kerana tidak elok)
4) banyak lagi cara yang sbnrnya mngmbarkan kita tidak merdeka didalam sambutan merdeka

ini semua disebabkan ;
1) tidak cukup memahami erti dan nilai kemerdekaan yang dirai, atau:
2) tidak tahu kaedah bgmana menerapkan kefahaman,pendidikan,nilai kemerdekaan oleh penganjurnya

itulah gambaran yang tergambar di minda kita apabila menyebut ttg sambutan ini iaitu gejala dan pekara negatif.
kesannya sambutan bulan Ramadhan dan sambutan bulan Kemerdekaan dianggap sesuatu yang amat berbeza dan kontra.seolah olah satu baik dan satu lagi buruk
sedangkan kedua dua perkara ini adalah baik dan sama maksudnya iaitu :
1) Ramadhan
Tiada syaitan (dirantai), Berjuang melawan nafsu dan kemahuan fitrah diri
2) Kemerdekaan
Tiada penjajah (diusir), Berjuang melawan penjajahan ekonomi, mental, sosial, budaya dll.
Seharusnya kita bersyukur pada tahun ini kerana Allah s.w.t mempertemukan kita dua sambutan pada tarikh yang hampir sama,pasti ada hikmah disebaliknya jika kita mahu bersama sama memikirkannya.
Oleh disebabkan itulah ada yang melenting apabila membaca tulisan saya yg mana saya tidak pula menyalahkan mereka, kerana ianya memang secara tidak sedar diterap begitu sjk dari dulu lagi.
Pada setiap kali sambutan detik 12 mlm, kerajaan sering buntu tentang bagaimana hendak mengawal muda mudi yang tidak terbatas perlakuannya pada mlm itu, polis sentiasa dikerah, arak, bohsia, rempit, bergaduh sambil membawa bendera Malaysia dan melaungkan kemerdekaan.jadi apakan maksud kemerdekaan yang sebenarnya bagi mereka?
Jika dilihat tarikh kedua dua sambutan penting bagi agama dan bangsa kita ini, secara hikmahnya kerajaan boleh mengambil inisiatif dgn memikirkan cara sambutan berbeza tahun ini sempena ketibaan bulan mulia.cara yang lebih aman dan bersih dan lebih menghayati kemerdekaan.
Usahlah difikirkan apa yang pemuda pemudi ini mahu pada malam sambutan ini, tetapi fikirkan apa yang kita sbg pemimpin mahu mereka menjadi,apa yang agama mahu dan apa yang ibubapa mereka mahu dan apa yang negara mahu.ajaklah mereka kali ini menyambutnya dgn cara baru.
Sbg contoh mungkin boleh dibuat acara,ibadat beramai ramai ditempat yang difikirkan sesuai, bertanyalah kepada alim ulama.selepas itu melangkahlah masuk ke bulan mulia dgn tenang dan lebih bersedia.

8 comments:

R@duan said...

panje demo tulih deyh!...

putrizmia said...

mmg benar apa yg ayoh nik maksudkan,pemikiran rakyat kita telah sebati dengan sambutan kemerdekaan yg sering terkinja-kinja dan melompat2..tp kita juga harus sedar selama 51 thn negara kita merdeka cara sambutannya setiap tahun tetap sama...pasti akan ada konsert @ perarakan hingga menyebabkan anak bangsa kita hanyut dengan dunia mereka sendiri...maksud sy di sini.....disebabkan thn ini merdeka sehari sebelum puasa maka tlg lah hormati bulan ramadhan yg bakal tiba dengan tiada konsert yg menggalakkan gejala sosial...tp apa pun ayohnik yg penting kita sentiasa memperingati erti merdeka dan mengingati perjuangan pemimpin kita untuk kemerdekaan....dan mengingati Allah s.w.t sentiasa walau di mana kita berada krn hanya Dia yg lebih tahu segalaNya.

Ayoh Nik said...

itulah yang pemimpin kita dari dahulu hingga skrg tidak mampu mengubahnya (samaada mereka suka atau tidak suka atau tidak kisah atau buntu),ambillah hikmah dgn kedatangan bulan Ramadhan ini sbg satu cara dan kesempatan utk mengubah sejarah ttg cara sambutan kemerdekaan ini.
pertama untuk mendidik rakyat ttg erti kemerdekaan sebenar.
jika sambutan kemerdekaan itu bagi mereka bermaksud atau tidak boleh dipisahkan dgn nyanyian/tarian/konsert, maka benarlah putrizmia kata hormatilah bulan Ramadhan kerana sambutan kemerdekaan itu adalah sambutan yg tidak baik.
jika sambutan kemerdekaan itu boleh diubah menjadi satu perkara yang lebih baik dan mulia di sisi agama dgn tiada tarian/konsert dan nyanyian yg melalaikan.maka hormatilah bulan Ramadhan dgn menyambutnya dgn cara baru yg lebih sesuai dgn kemuliaan erti sebuah kemerdekaan.tp nampak macam sukar utk difahami benda ni kan...

putrizmia said...

mmg nmpk mcm sukar utk difahami tp terserah kepada individu sama ada igin memahami atau pun mmg sj buat tak faham!!!renungkanlah bersama!!!

wan said...

kalau leh...ringkaskan pandangan...RINGKAS TP MANTOPPPP...(MARI MENGAJI...DEKAT DI HATI)TV9

putrizmia said...

dh jom balik tgk taranum di TV9 kul 6.30 jap lg!!!!

armmean said...

letih gak nak baca nih..ni tahap bleh buat buku ni..e-book..haks..tajuk buku ayohnik..jgn ayohpinnn..

SMART said...

Merdeka yang hakiki adalah setiap kita bebas dari memperhambakan diri kepada selain Allah kepada memperhambakan diri kepada Allah semata. Sesungguhnya anak2, harta benda, perniagaan yg kamu takut ruginya dan nafsumu adalah ujian... yg dilihat di sisi Allah hanyalah taqwa mu.

Lebih 100 tahun dahulu Islam memiliki 3/4 dunia. kita dijajah kemudian diberi kemerdekaan. Kemerdekaan yang diberi, dengan memisahkan kita dengan sempadan negara. baik di barat, timur, utara dan selatan. Semenanjung Syam yang panjang telah terbahagi kepada 3 negara termasuk Syiria dan Palestin. Dan Tanah Melayu tidak terkecuali. Tanah Melayu mengunjur dari Thailand, mungkin lebih ke Acheh ke Filipina. Semuanya tanah Melayu. Penjajahan memberi kemerdekaan yang memisahkan kita.

Tak mengapa itu 100 tahun dahulu. Sekarang, apa yang kita warisi adalah apa yg telah Allah takdirkan bagi kita. Merdeka itu bila kita membebaskan diri dari perhambaan kepada selain Allah.

Sambutan merdeka jika muda mudiya penuh gejala sosial....., merdekakah mereka?