Thursday, August 21, 2008

Merdeka 51

salam, selamat menyambut hari kemerdekaan ke 51,

sedar tidak tinggal kurang 10 hari lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan,
tapi terasa pelik kerana kehambaran semangat (mungkinkah perasaan saya saja kot)...

biasanya apabila melangkah masuk ke bulan kemerdekaan, ogos..ramai yang akan menunjukkan semangat berkobar - kobar, memasang bendera di rumah.premis,pejabat, kenderaan dan dimana mana...

peliknya saya pada tahun ini saya masih belum jumpa sebuahpun kenderaan yang memasang Jalur Gemilang,
apakah kemungkinannya ?

1) adakah kekurangan kempen bulan kemerdekaan sekarang oleh kerajaan yang terlalu sibuk dengan kempen - kempen yang lain.
2)adakah rakyat pula terlalu sibuk bergelut dengan kehidupan harian hingga lupa bendera yang disimpan tahun sebelumnya utk dipasang di kereta,kedai dan sebagainya.
3)mungkin kerajaan mempunyai mesej tertentu ingin disampaikan kepada rakyat kenapa sambutan kali ini harus dihambarkan dan mungkin sekali juga rakyat mempunyai mesej tertentu yang ingin disampaikan kepada kerajaan kenapa mereka tidak bersemangat menyambut bulan kemerdekaan...

saya juga pada tahun ini terasa kurang bersemangat, hendak memasang bendera di kereta tetapi ada satu perasaan telah hilang ketika hendak memasangnya, tidak seperti tahun - tahun dahulu, terasa amat bersemangat dan beremosi ketika memasang bendera,
kemegahan kibaran jalur gemilang itu harus diiringi dengan kemegahan dan pencapaian semasa, jika tidak, kita hanya akan berbangga dengan sejarah sejarah sejarah sejarah sejarah sejarah dan sejarah yang sudah pun dicipta dahulu sedangkan cabaran semasa dan hari depan haruslah diwarnai dengan kesediaan dan kejayaan hasil usaha bersama antara kerajaan dan rakyat.

saya masih lagi menyambut hari kemerdekaan tetapi kali ini dengan cara saya sendiri, mungkin bukan dgn mengibarkan jalur gemilang di kereta, tetapi dengan azam & janji agar dapat menjadi manusia yang lebih baik utk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa dan negara MALAYSIA yang amat saya cintai ini, sekali lagi saya tertasa sebak.

p/s : pernah satu masa (bulan ogos tahun 2005),saya ke kedai bendera yang dimiliki seorang tauke cina yang peramah, saya melihat lihat pelbagai jenis bentuk corak dan warna, bendera yang mewakili pelbagai kesatuan, organisasi, negeri dan ada juga bendera negara lain, tetapi jiwa saya semakin bersemangat bila melihat di bahagian paling tinggi dinding kedai tersebut sebuah benderah yang paling besar dipampang megah, bendera negara kita, Jalur Gemilang!
saya ke kedai tersebut untuk membeli sebuah bendera Malaysia kecil untuk diletakkan atas meja pejabat.
tauke tersebut setelah mendapatkan saya bendera kecil tersebut menegur saya yang leka melihat Jalur Gemilang yang besar tadi..,lalu cuba memberikan saya sebuah Jalur Gemilang bersaiz 3' x 6', namun saya menolak untuk mendapatnya secara percuma, dan saya membayar seperti harga yang tertera.hehe...tauke ingin memberi secara percuma dan saya pula berkeras ingin membayarnya.lihatlah apabila menyentuh ttg kecintaan kepada negara, sesuati yang pelik dan terbalik mudah berlaku...dari perbualan ttg bendera Jalur Gemilang dgn tauke tersebut nyatalah beliau seorang yang sangat sayangkan negaranya Malaysia.

selamat menyambut hari kemerdekaan ke 51 kepada semua warganegara Malaysia. Malaysia Boleh!!

11 comments:

R@duan said...

wah ayohnik. banyak cerita rupanya perihal sambutan kemerdekaan. tentu ada lagi yang tersimpan. tulislah. sekurang-kurangnya cikgu bahasa melayu (malaysia) kita sejak dari darjah tadika hingga ke sekolah menengah berasa berbangga dan berbaloi dengan korbanan yang diberikan untuk kita.
terima kasih semua cikgu-cikgu...

rahmanraof said...

sungguh bersemangat ayoh nik..kat ofis aku byk bendera..meh la datang amik...

PutRiZ DaMia said...

mmg tul apa yg ayoh nik kata,thn ini adalah yg paling hambar sekali rasa kemerdekaaanya!tahukah ayoh nik merdeka tahun ini sehari sebelum umat islam menyambut ketibaan bulan Ramadhan....dan lebih elok jika sambutan merdeka detik 12 malam di sambut di masjid-masjid ataupun surau dengan bertarawih!!!

Tauke Warung said...

saya tertarik dgn komen putrizmia dan memahami sekali maksud putrizmia itu...nanti saya akan balas dkt post yg baru...sbb ada sesuatu yang perlu saya yang naif ilmu ini luahkan...ttg sambutan kemerdekaan.tak smpat nak taip skrg.

PutRiZ DaMia said...

aduh!ayohnik jgn ko tuleh pjg lebar dh ler!!!penat putrizmia nk baca nnt!!!anyway time kaseh krn tertarik & memahami maksudku yg tersurat dan tersirat!!!!

P/s:nk tnyer ckit ar apa kat angkasapuri tu pereka set xder keje ke,ramai tul yg suker melayari blog!!!keje wei jgn curi tulang!!!hehehehe.jgn marah!

Tauke Warung said...

tak marah pun.tp mmg skrgni kerja agak kurang..amik kesempatan blog..kami ni ape pun official job come 1st tauuu..hehehe

PutRiZ DaMia said...

eh!ada rupanyer ayoh nik!!hehehe!!!baguih2...jd lah pereka set yg berdedikasi dan berwibawa!!hehehe...nk tnya ar.en rosman kiter tu masih honeymoon lg ker?

Tauke Warung said...

now u make me know who exactly u are...hmm....rupa pun macam rosman kan...ingat adik rosman...call la dia sndiri..takde salahnye

PutRiZ DaMia said...

ehhhh!!!!tetiba lak ayoh nik!!!salah ke kalau sy tnyer?????????bila plak ler wajah ku spt rosman????ermmmm!!!

Tauke Warung said...

maaf la kalo ambe salah org.rasa nya pernah jumpa kat kg kepayang, ipoh. siap borak borak lagi.
skali lagi mintak sori kalo salah orang.lupakan ajer deh....

PutRiZ DaMia said...

AYOHNIK!!!qber1 email ayohnik ke?kalau tul ambe ada antar email kat ctu!!!!!tlg check k!!